Saturday, July 10, 2010

Sayap depan menjadi rebutan

Semua berpunca dari insiden ini. Sayap depan Randy Mandy yang di pandu Vettel menjadi longgar dan terseret di permukaan litar ketika sesi latihan bebas 3.

Dan pada sesi kelayakan masa, Vettel berjaya menduduki pole position. Masalah timbul apabila Sayap depan yang digunakan pada jentera Vettel pada awalnya diperuntukan untuk digunakan oleh Webber. Sayap depan terbabit adalah antara upgrade kecil yang dibawa Red Bull Racing ke Silverstone. Sayap depan baru untuk Vettel sudah jahanam akibat dari insiden di atas; dan ketika sesi kelayakan masa Christian Horner memutuskan untuk memberikan sayap depan jentera Webber kepada Vettel. Selepas sesi kelayakan Webber dengan jelas menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Red Bull

Mark knows the way we operate as a team. He knows that with that decision there was no malice behind it. There was no manipulation. It was purely that we found ourselves with a single component and, from a team point of view, some days I have to make difficult decisions -  Christian Horner [Red Bull Racing Team Principal]

I would rather be third on the grid probably, we know second on the grid at most sides is suck! If Fernando wants to change we will see if we can - Mark Webber


Perlumbaan pada hari ahad nanti akan menyaksikan pertarungan ketara antara 2 pelumba Red Bull ini. Kontroversi sayap depan ini merupakan insiden ketiga yang dilihat sebagai Red Bull Racing lebih memilih untuk mementingkan Vettel dalam apa jua situasi. Sebelum ini selepas insiden di Turki dan juga keputusan untuk menukar Chasis Webber kepada chasis Luscious Liz yang direject oleh Vettel selepas GP Monaco menyebabkan ramai pemerhati menyifatkan Vettel sebagai anak emas Helmot Marko. Chasis Luscious Liz adalah chasis lama milik Vettel yang mengalami keretakan semasa GP Spain dan kemudian pengurusan Red Bull Racing memilih untuk memberikan chasis baru kepada Vettel selepas GP Monaco.

Keputusan untuk menukar chasis Webber dibuat selepas kemalangan di Valencia.

PaddockBox