Seperti yang aku tulis pada entri sebelum ini mengenai kemunculan Mark Webber memandu RB6 di kota london sambil melakukan sesi pitstop. Red Bull melakukan shooting movie promo untuk pasukan Red Bull Racing dan shooting berkenaan di lakukan seawal pukul 6 pagi bagi mengelakkan kesesakan waktu puncak sebelah pagi di kota London. Sesi shooting berkenaan dilakukan tanpa sebarang publisiti umum dan ianya benar-benar telah membuatkan orang ramai teruja bila melihat crew pasukan Red Bull di hadapan bangunan Parliament dan Webber muncul memandu RB6 sambil melakukan latihan pitstop di hadapan bangunan parliament
Dan satu lagi perkara yang berlaku semasa sesi shooting ini ialah; pasukan Red Bull Racing melakukan twitter live sebelum dan semasa sesi shooting sambil publish photo sekitar sesi berkenaan di twitpic redbullf1spy; hinggalah photo dibawah muncul...
adakah redbullf1spy adalah twitter akaun milik David Coulthard?
redbullf1spy telah pun berkali twit kepada follower bahawa beliau bukan Coulthard tapi para follower redbullf1spy kini semakin yakin bahawa Coulthard adalah pengendali akaun twitter berkenaan yang selalu update akaun berkenaan setiap kali minggu perlumbaan dan hari-hari biasa.
Photo Credit:
redbullf1spy twitpic
PaddockBox