Friday, July 9, 2010

GP British : Sesi Latihan Bebas 2


Sesi latihan bebas 2 berakhir sejam yang lepas. Kali ini giliran Webber pula mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1 minit 31.234 saat manakala Alonso menunjukkan prestasi terbaik selepas hambar di Valencia dengan catatan masa ke-2 terpantas. Vettel pula ke-3 dan Massa ke-4 terpantas. 

Keadaan litar yang baru diubahsuai menyebabkan para pelumba masih lagi gagal menyesuaikan diri hingga menyebabkan beberapa pelumba mengalami masa di peringkat awal sesi antara Massa yang berpusing dan Hamilton terbabas ke luar litar hingga menjejaskan catatan masa pelumba McLaren tersebut yang sekadar mampu melakukan catatan masa ke-8 terpantas.

Masalah realibility sekali lagi menghantui pasukan Lotus Racing. Trulli yang keluar pada sesi latihan bebas 2 hanya sempat melakukan 3 pusingan sebelum jentera T127-04 mengalami masalah manakala Kovalainen pula terpaksa berhenti di penghujung sesi jugua akibat dari kegagalan T127.

 Catatan masa Rasmi sesi latihan bebas 2

Webber terpantas pada sesi latihan bebas 2

Pasukan Red Bull Racing menerima tajaan dari Tourism Thailand untuk 1 perlumbaan

Anthony Hamilton Hadir di Silverstone selaku pengurus Paul Di Resta

Sesi latihan bebas 3 akan berlangsung pada hari sabtu dan pada sebelah petang sesi kelayakan masa pula akan mengambil tempat. Aku akan cuba letak beberapa streaming website untuk sesi kelayakan masa esok.

PaddockBox