Selain dari denda $100,000 yang dikenakan keatas Ferrari; 2 lagi pasukan telah dikenakan amaran keras oleh Steward perlumbaan GP German atas kesalahan yang mereka lakukan semasa perlumbaan semalam
Pasukan Force India telah diberi amaran keras oleh Stewards perlumbaan ekoran dari kecelaruan semasa pelumba mereka melakukan pit stop. Para pit krew pasukan Force India telah memasang tayar Luizi pada jentera Sutil dan tayar Sutil pada jentera Luizi.
Peraturan telah jelas mengatakan bahawa setiap pelumba mesti dilengkapi set tayar yang di ID kan hanya untuk pelumba itu sahaja dan tidak boleh digunakan keatas jentera rakan sepasukan. Pasukan Force India bernasib baik hanya dikenakan amaran keras sedangkan kesalahan terbabit memungkinkan mereka dikenakan penalti kedudukan di grid ataupun disingkirkan dari perlumbaan
Kecelaruan yang berlaku di pit stop Force India hampir menyebabkan mereka dikenakan hukuman lebih berat selain dari amaran keras Steward perlumbaan
Pemandu Lotus Racing, Heiki Kovalainen juga telah dikenakan amaran keras ekoran dari perlanggaran beliau dengan jentera C29 Sauber yang dipandu Pedro De La Rosa. Kovalainen dilihat gagal memberi ruang kepada De La Rosa untuk lapping beliau hingga mengakibatkan kedua-dua jentera berlanggar; Kovalainen terkeluar dari perlumbaan sementara De La Rosa terpaksa kembali memasuki pit bagaimanapun De La Rosa berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14
It was my mistake but I didn't see the Sauber coming. I thought I was letting the Williams past, and didn't see the Sauber so I closed the door and that was the end of the race. - Heiki Kovalainen [ Lotus Racing]
Pasukan Ferrari dan Red Bull Racing kini mendapat pelepasan dari FIA berkaitan aduan dari pesaing mereka yang mengatakan sayap depan jentera RB6 dan F10 dilihat berada begitu hampir dengan permukaan litar dna sekaligus memberikan lebih downforce ketika melalui selekoh laju di litar. Hasil pemerhatian dan siasatan FIA mendapati rekebentuk sayap depan jentera Ferrari dan Red Bull adalah sah dan tidak melanggar mana-mana peraturan FIA.
Rekabentuk dan posisi sayap depan F10 dan RB6 yang dilihat hampir jejak ke permukaan litar telah menjadi pertikaian pesaing mereka
PaddockBox
No comments:
Post a Comment