Friday, July 23, 2010

GP German : Sesi Latihan Bebas 1


Sesi latihan bebas 1 GP German di litar Hockenheim baru sahaja berakhir dalam keadaan litar basah. Pemandu Force India, Adrian Sutil menguasai sesi latihan bebas 1 dengan catatan masa 1minit 26.701 saat. Felipe Massa yang mengalami 2 insiden dimana jentera F10 yang dipandunya berpusing akibat dari kegagalan mengawal di litar basah bagaimanapun berjaya mencatat masa kedua terpantas di akhir sesi latihan bebas 1 dengan catatan masa 1minit 26.850saat dan Button yang memandu MP4-25 yang dilengkapi blown diffuser mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan masa 1minit 26.936 saat.

 walaupun mengalami sesi yang sukar di litar basah; Massa mencatat masa ke-2 terpantas

Litar yang basah menyebabkan kesemua pasukan tidak mempamerkan prestasi sebenar jentera masing-masing. Beberapa pelumba mengalami masalah memandu di litar basah, antaranya Bruno Senna yang terbabas di selekoh akhir, Hamilton yang menjahanamkan jentera MP4-25 akibat kegagalan mengawal di selekoh ke-3, Massa, Alonso, Fairuz, Button, Rosberg dan beberapa lagi nama turut terbabit dengan insiden jentera yang dipandu berpusing ketika melakukan hot lap.

Jentera MP4-25 McLaren yang jahanam di tangan Hamilton

Rosberg (kiri) antara pelumba yang mengalami masalah di litar basah

Fairuz Fauzy diberi peluang menggantikan Heiki Kovalainen pada sesi latihan bebas 1 ini dan beliau mencatatkan masa ke-21 terpantas dengan catatan 1minit 30.938saat manakala Trulli pula mencatat masa ke-15 terpantas dengan catatan 1minit 29.280 saat. Micheal Schumacher pula sekadar mencatat masa ke-23 dihadapan Yamamoto dengan catatan 1minit 32.450 saat.

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 1 GP German

Sesi latihan bebas 2 akan berlangsung sekitar pukul 8 malam waktu malaysia.

PaddockBox

No comments: