Monday, April 26, 2010

Mampukah Schumacher bangkit?

Beliau merupakan juara dunia 7 kali. Selepas 4 pusingan perlumbaan musim 2010, Schumacher hanya mampu mengutip 10 mata dan berada di tangga ke-10 kedudukan kejuaraan kategori pemandu; manakala rakan sepasukan beliau Nico Rosberg cemerlang dengan 50 mata dan berada di tangga ke-2 senarai kejuaraan pemandu.

Sebaik sahaja beliau mengumumkan akan kembali ke kancah F1 dan memandu untuk pasukakn MercedesGP pada 23 december 2009, ramai pengkritik melihatnya sebagai satu perjudian oleh Schumacher ke atas reputasinya sebagai Juara dunia 7 kali.

Eddie Jordan menyifatkan tindakan Schumacher kembali ke perlumbaan kompetatif F1 sebagai satu tindakan GILA dan Eddie meramalkan schumacher akan mengalami musim yang sukar. Niki Lauda pula pernah meramalkan Schumacher akan kembali bangkit bila perlumbaan sampai ke Malaysia; tetapi ianya tinggal sekadar ramalan bila mana Nico Rosberg terus membayangi Schumacher dengan kedudukan podium tempat ke-3

Selepas perlumbaan di Sepang, satu khabar angin bertiup kencang dikalangan mereka yang berada di Paddock; mereka mengatakan Schumacher tidak akan meneruskan kontrak di Mercedes ijka beliau masih gagal ke prestasi asal. Walaubagaimana pun spekulasi itu dinafikan oleh Ross Brawn dan dia menegaskan Schumacher akan memandu bersama Mercedes selama 3 tahun seperti yang termetarai dalam kontrak.

Saturday, April 24, 2010

Dulu - dulu punya design jentera F1

Jackie Stewart memandu jentera lumba pasukan MATRA

Gambar di atas memaparkan jentera lumba pasukan MATRA (Mécanique Avion TRAction or Matra) yang dipandu oleh Jackie Stewatr semasa perlumbaan di Grand Prix Afrika Selatan, Kyalami pada tahun 1969. Rekaan itu merupakan antara rekaan awal yang menjurus kepada penggunaan sayap pada jentera F1. Menjelang tahun 70-an, sayap belakang menjadi keperluan standard kepada jentera F1 dan sekitar pertengahan 70-an, rekaan sayap depan pula mula digunakan.

Pada peringkat awal, sayap pada jentera F1 direkaletak secara terus pada suspensions, tetapi akibat dari beberapa kemalangan maut, FIA menetapkan supaya sayap pada jentera F1 direkaletak secara terus pada Chasis.

  Patrick Depailler memandu uji jentera Projek 34 pasukan Tyrell. Jentera F1 6 tayar pertama

Pada 17 Oktober 1975, pasukan Tyrell telah memperkenalkan prototype jentera F1 bertayar 6 di litar Silverstone. Ianya merupakan design paling radikal yang pernah di perkenalkan dalam kancah F1. Walaubagaimana pun, pada tahun 1976, pada Spanish GP, pasukan Tyrell telah mengguna jentera bertayar 6 ini buat pertama kalinya dalam perlumbaan kompetatif.

Pada Swedish GP, jentera P34 Tyrell ini telah berjaya menduduki podium 1 dan 2. Ketika itu Jody Schekter dan Patrick Depailler adalah pemandu bagi pasukan Tyrell. Selepas GP Swedish itu, Schekter bertindak keluar dari pasukan Tyrell dan menyifatkan jentera F1 bertayar 6 sebagai mengarut dan sampah

Jika pasukan Tyrell memperkenalkan jentra P34 yang beroda 4 di depan, pasukan Williams dan Ferrari pula mula membangunkan jentera F1 bertayar 6; tetapi mereka memilih untuk meletakkan 4 roda di belakang. Bagaimanapun, kedua-dua jentera bertayar 6 pasukan Williams dan Ferrari tidak pernah digunakan untuk berlumba dalam perlumbaan kompetatif.

Jentera March 2-4-0 pasukan WilliamsF1

Williams FW07E

 Ferrari 312T6

Sumber rujukan:

Tyrell P34
Williams March 2-4-0
Ferrari 312T


PaddockBox

F1 Dulu dan Sekarang

South African Grand Prix, Kyalami, March 3, 1973

 Adakah korang dapat meneka dimana Peter Revson, Jackie Stewart, Jody Scheckter, Emerson Fittipaldi, Niki Lauda dan Carlos Pace  dalam gambar di atas? Dulu perlumbaan F1 lebih kepada skill pemandu. Masa bergambar pun semua buat perangai sendiri; nampak macho, terserlah imej otai-otai dan bad boys

Tetapi... Sekarang...

Bahrain GP, Sakhir International Circuit, March 14 2010

Sekarang perlumbaan bergantung kepada teknologi dan kurangnya pemandu bergantung pada skil pemanduan memasing. Time bergambar pun dah macam bergambar untuk album akhir tahun tingkatan 5 sebelum SPM. Terlalu formal mungkin sebab status mereka sebagai pemandu elit dalam siri perlumbaan paling utama FIA iaitu F1.

Dulu...

Clay Regazzoni yang memandu Ferrari sabar menunggu di grid

Dulu jenis payung yang macik timah guna untuk berteduh masa jual nasi lemak, merupakan juga jenis payung yang diguna untuk menjadi tempat berteduh pelumba yang kepanasan di grid. Dulu, muka set macam osama bin laden pun layak jadi grid girl

Tetapi... sekarang... 

China GP Grid girl

Sekarang semua grid girl jenis set-set yang seksi yang sejuk mata memandang. Takde lagi  dah muka set macam osama bin laden dibenarkan jadi grid girl.

PaddockBox

Bagaimana sistem F-duct McLaren berfungsi

McLaren merupakan pelopor kepada teknologi yang mampu menambahkan kuasa top speed pada laluan lurus. McLaren mengunakan terma RW80 tetapi dikalangan pasukan lain device berkenaan lebih dikenali sebagai F-duct. Memandangkan FIA telah pun memberi lampu hijau kepada pengunaan F-duct; kini pasukan lain sedang giat membangunkan sistem F-duct mereka.

Di sini aku mau kongsikan maklumat bagaimana sistem F-duct McLaren berfungsi.

McLaren membangunkan sistem F-duct berdasarkan teknologi aerospace yang bergantung kepada perubahan tekanan udara. Udara / angin di-scoop melalui open inlet pada chasis 


dan kemudian disalurkan ke kawasan cockpit pemandu.

Satu lagi lohong udara terletak di bahagian atas cockpit. Anak panah biru menunjukkan udara / angin yang di salurkan terus ke bahagian enjin V8.

Manakala anak panah kuning pula menunjukkan aliran udara / angin yang disalurkan ke bahagian kotak gear yang bertujuan untuk menyejuk minyak gear dalam keadaan normal.

Dalam keadaan pecutan rendah; aliran udara (anak panah kuning) akan terus disalurkan menyejukkan kotak gear manakala aliran udara(anak panah biru) akan disalurkan untuk menyejuk enjin V8.

Apabila pemandu menutup open inlet semasa memecut di laluan lurus; pemandu akan menggunakan lutut kiri untuk menutup laluan udara pada open inlet. Apabila laluan udara ditutup, akan berlaku perubahan tekanan udara di ruang cockpit ; maka aliran udara / angin yang disalurkan untuk menyejukkan kotak gear akan dipintas dan disalurkan terus ke sayap belakang.

Angin yang disalurkan ke sayap belakang akan memberikan tekanan dan mewujudkan satu kawasan udara tekanan rendah. Udara / angin yang sebelum ini disalurkan ke kotak gear akan terus disalurkan ke kepingan slot sayap belakang; dengan ini ia berupaya mengurangkan lagi downforce dan drag dan sistem F-duct ini akan secara kritikalnya memberi tambahan 3km/j kepada top speed semasa dilaluan lurus.

Setakat ini semua pasukan utama telah mengesahkan mengenai usaha membangunkan sistem F-duct mereka; kecuali Toro Rosso dan 3 pasukan baru. Mereka memberi alasan ketiadaan bajet untuk melakukan pembangunan sistem F-duct.

PaddockBox

Friday, April 23, 2010

Memperkenalkan Kate’s Dirty Sister dan Luscious Liz

Kate’s Dirty Sister (RB5)

Luscious Liz (RB6)


Kate’s Dirty Sister dan jugak Luscious Liz adalah nama yang Sebastian Vettel guna untuk jentera lumba yang dia pandu.

Kate's Dirty Sister adalah jentera RB5 2009 yang dipandu Vettel. Bersama Kate's dirty sister, Vettel mengungguli 4 perlumbaan pada musim 2009 iaitu Juara di China, Great Britain, Jepun dan Abu Dhabi.

Luscious Liz pula adalah jentera RB6 yang diguna Vettel untuk musim 2010 ni. Setakat ni Vettel dan Luscious Liz sudah memenangi satu perlumbaan dari 19 jadual perlumbaan. Di Sepang, Luscious Liz telah membuatkan Vettel berada di Podium. Adakah Luscious Liz mampu membawa Vettel ke puncak juara kategori pelumba untuk musim 2010? 

Kate's Dirty Sister dan Luscious Liz adalah jentera yang di reka oleh pakar aerodynamicist dalam kancah F1 iaitu Adrian Newey. Newey ialah tulang belakang ketika era keunggulan McLaren pada akhir 90-an sebelum berpindah ke Red Bull Racing pada 2006.

PaddockBox

Thursday, April 22, 2010

Perkembangan semasa [5]

Aku mahu Valentino Rossi - Luca di Montezemolo  

 President Ferrari Luca di Montezemolo menegaskan beliau tetap mahu semua pasukan "besar" dalam F1 dibenarkan meletakkan jentera lumba ke-3 dalam setiap perlumbaan bermula pada 2011. Beliau menegaskan jika FIA membenarkan pasukan utama menggunakan 3 jentera lumba di litar, beliau akan membawa masuk Juara MotoGP Valentino Rossi sebagai pemandu ke-3.

We want a third car and I would do everything to have Valentino (Rossi), When he wins this year's MotoGP, enough is enough, he must also win in Formula One - Luca di Montezemolo

Walaubagaimana pun Rossi yang melakukan ujian bersama Ferrari selama 2 hari  pada awal tahun ini menegaskan beliau akan tetap terus berlumba dalam MotoGP

When I could come to F1, I will be too old, There are wonderful drivers there. I'm fine in my world, which is bikes. This is just a diversion, some fun, and I am grateful to everybody for the opportunity - Valentino Rossi

Tuesday, April 20, 2010

Perkembangan semasa [4]

Avon berminat menjadi pembekal Tayar F1


Avon, sebuah syarikat pengeluar tayar dan pembekal tayar bagi siri GP2 dilaporkan berminat untuk membekalkan tayar kepada perlumbaan F1 musim depan. Setakat ini hampir semua pasukan F1 dilaporkan tidak bersetuju dengan proposal dari Michelin yang mahu semua pasukan membayar bagi setiap tayar yang mereka bekalkan. Walaubagaimanapun team principal Ferrari dan juga McLaren bersetuju bahawa satu bentuk persetujuan mengenai pembekal tayar akan dapat diselesaikan menjelang perlumbaan di Barcelona.

Ada laporan yang mengatakan jika Avon dipilih sebagai pembekal tayar F1 maka bridgestone akan bertindak sebagai konsultan bagi Avon dan bakal membekalkan mereka dengan segala teknologi yang diperlukan bagi pembuatan tayar perlumbaan F1.

Monday, April 19, 2010

Post Race GP China (Cockpit View)

Lewis Hamilton bersedia di grid

Alonso jump start sebelum lampu hijau menyala

Charlie Whitting mengesahkan Alonso jump start lampu hijau

Sunday, April 18, 2010

GP China : Race Day

Alonso Jump-start dan menerima drive thru penalty

GP China bermula dengan kontroversi Alonso yang jump-start lampu hijau pada permulaan perlumbaan. Semua pelumba bermua dengan slick tyre sebelum hujan turun pada lap ke 2. Sebaik hujan turun, beberapa front runner memasuki pit. Schumacher pelumba pertama memasuki pit  untuk intermediate tyre; tetapi Button dan Rosberg terus menggunakan slick tyre hingga ke pit stop pertama. Pada first stint, tayar inter sekadar mampu bertahan sejauh 3 hingga 4 lap sebelum tayar menjadi botak dan keadaan itu memaksa pelumba sekali lagi memasuki pit untuk menukar kembali ke tayar slick. Pada peringkat ini Button dan Rosberg yang masih menggunakan tayar slick terus berentap dan menjarakkan diri dari pelumba yang lain.

Pasangan Red Bull hanya sekadar mampu melihat Alonso melakukan kesilapan jump start

Saturday, April 17, 2010

GP China : Sesi kelayakan Masa


Red Bull membuktikan mereka memang mantap pada sesi kelayakan masa dan sekaligus melenyapkan segala tuduhan sepanjang 3 pusingan yang lepas bahawa mereka menggunakan active ride height control. Vettel dan webber mengungguli sesi kelayakan masa GP Shanghai.

Pole position GP Shanghai esok milik Vettel

Friday, April 16, 2010

GP China : Sesi Latihan bebas


Hari ini petang tadi bermulalah sesi latihan bebas bagi GP F1 di China yang berlangsung Litar Antarabangsa Shanghai. Sesi latihan bebas pertama di warnai dengan kemalangan di selekoh ke-14yang menimpa Sebastian Beumi yang memandu Toro Rosso.

Beumi kemungkinan mengalami masalah break

"Hadiah" dari Beumi buat peminat di China; tayar bridgestone jentera STR5

Team Principal Toro Rosso berkata; jentera STR5 Sebastian Beumi akan dibaik pulih sebelum sesi latihan bebas 3 esok.

Thursday, April 15, 2010

GP China : Preview


Dalam tak sedar dah 7 tahun perlumbaan F1 dilangsungkan dibumi komunis ini. 2010 merupakan tahun ke-7 perlumbaan F1 dilangsungkan di Shanghai dan merupakan pusingan ke-4 dalam kalendar perlumbaan F1 musim 2010 ini.
 
Ferrari unggul di litar Antarabangsa Shanghai dengan 3 kemenangan iaitu pada tahun 2004, 2006 dan 2007. 

 Sebastian vettel merupakan pemenang bagi musim 2009; beliau yang menduduki pole position ketika itu berjaya menghalang kemaraan Barrichello yang memandu bagi BrawnGP.

Friday, April 9, 2010

Beberapa litar bakal digugurkan dari kalendar F1

F1 supremo, Bernie Ecclestone menegaskan beberapa litar bakal digugurkan bagi memberi laluan kepada beberapa litar baru. India bakal menganjurkan perlumbaan F1 pertama mereka pada 2011; dan kini Bernie berkata dia sedang berusaha untuk memasukkan New York dan Moscow ke dalam kalender perlumbaan F1 menjelang 2012 dan 2013. Bernie juga menegaskan beliau tetap komited mahu melihat perlumbaan F1 dijalankan di tengah bandaraya Rome.


Perlumbaan di New York dan Rome dicadangkan diadakan secara street racing di tengah bandaraya Rome dan Manhattan.

Adakah jalan Via Della yang menuju ke Vatican ini bakal termasuk dalam laluan litar street racing di Rome?

Satu pemandangan yang menarik jika GP New York street racing dapat dimeterai menjelang 2013

Layout Litar F1 India.
Senarai Litar untuk musim 2010 (Click picture to enlarge)
sumber senarai litar musim 2010 : wikipedia

Litar manakah yang bakal digugurkan bagi memberi laluan kepada New York, Moscow dan Rome?

PaddockBox

Thursday, April 8, 2010

Perkembangan Semasa [2]

 Ride Height Control

FIA menegaskan sebarang percubaan untuk menggunakan ride height control device pada jentera F1 adalah dilarang sama sekali. Peraturan melarang menggunakan device berkenaan semasa sesi kelayakan dan sebelum perlumbaan telah diguna pakai sejak 1993. Pasukan Williams dan Lotus adalah pelopor kepada active ride height control pada era 90-an.

Any system device or procedure, the purpose and/or effect of which is to change the setup of the suspension while the car is under Parc Fermé conditions, will be deemed to contravene article 34.5 of the sporting regulations. Article 34.5 states that any car that has work carried out on it between the end of qualifying and the race must then sacrifice its grid position and start from the pits; any self-levelling damper system is likely to contravene article 3.15 [a set of rules relating to aerodynamics] of the technical regulations - FIA

F-Duct

Apa itu F-duct?

F-duct merupakan satu system yang mula diperkenalkan oleh McLaren Mercedes pada musim 2010. F-duct dikawal sepenuhnya oleh pemandu dengan hanya menggerakkan lutut untuk menyentuh satu button yang memboleh pemandu mengawal aliran udara ke dalam kokpit dan aliran udara yang masuk ke dalam kokpit disalur terus ke sayap belakang. Dengan cara ini pemandu berupaya untuk generate downforce pada jentera dan sekaligus mampu menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 6km/j pada laluan lurus.
Briefly, the system operates through the opening and closing of a valve which is actuated by a diaphragm adjacent to the driver's braking leg.  On the straights, the position of the driver's left leg allows for airflow to be channeled through the car and to the rear wing slot.  This airflow disrupts the vortices that trail the wing which induce drag inherent with downforce.  When the driver brakes, this air is channeled back into the cockpit for cooling, and the rear wing creates the downforce required for cornering.
 udara masuk melalui lohong F-duct ini

aliran udara disalurkan ke sayap belakang bagi menghasilkan downforce

System F-duct yang dibangunkan McLaren untuk jentera MP4-25 mereka ini telah menimbulkan kontroversi sebelum pembukaan musim 2010 di Bahrain. Bagaimanapun setelah penelitian dilakukan F.I.A memutuskan bahawa f-duct system itu sebagai sah dan boleh digunakan

Post Race GP Sepang (Cockpit View)

Lewis Hamilton dalam formation lap

Hamilton cuba memintas Toro Rosso di selekoh pertama

Massa mengelak Barrichello yang mengalami masalah 

Schumacher dari petak ke-8 berjaya ke kedudukan ke-6 di belakang Sutil

Hamilton (kanan) memintas Massa pada lap 1

Schumacher hampir hilang kawalan di lap 10 bila skru tayar belah kiri tertanggal