Tuesday, April 20, 2010

Perkembangan semasa [4]

Avon berminat menjadi pembekal Tayar F1


Avon, sebuah syarikat pengeluar tayar dan pembekal tayar bagi siri GP2 dilaporkan berminat untuk membekalkan tayar kepada perlumbaan F1 musim depan. Setakat ini hampir semua pasukan F1 dilaporkan tidak bersetuju dengan proposal dari Michelin yang mahu semua pasukan membayar bagi setiap tayar yang mereka bekalkan. Walaubagaimanapun team principal Ferrari dan juga McLaren bersetuju bahawa satu bentuk persetujuan mengenai pembekal tayar akan dapat diselesaikan menjelang perlumbaan di Barcelona.

Ada laporan yang mengatakan jika Avon dipilih sebagai pembekal tayar F1 maka bridgestone akan bertindak sebagai konsultan bagi Avon dan bakal membekalkan mereka dengan segala teknologi yang diperlukan bagi pembuatan tayar perlumbaan F1.

Perkembangan terkini setiap pasukan selepas GP Shanghai



Semua pasukan menegaskan bahawa mereka perlu membawa jentera mereka keluar dari China dan kembali ke kilang di base mereka di eropah bagi analisis dan juga bagi menguji upgrades yang bakal mereka gunakan menjelang GP Barcelona. Setakat ini; hampir semua kakitangan setiap pasukan telah berjaya mendapatkan penerbangan keluar dari China sebaik sahaja perlumbaan GP Shanghai berakhir.

Ross Brawn dilaporkan berjaya mendapatkan penerbangan balik ke England pada malam Ahad. Team principal pasukan Ferrari, Stefano Domenicali dan Technical Director Aldo Costa serta sekumpulan kecil kakitangan Ferrari jugak dilaporkan berjaya mendapatkan penerbangan keluar dari China dan kembali ke Itali pada malam Ahad lepas. Bakinya akan keluar dari China secara berperingkat menjelang Rabu dan khamis.

 Jenson Button dan Lewis Hamilton pula telah terbang ke Thailand. Heiki Kovalainen pula menyertai sekumpulan kakitangan LotusF1 kembali ke Kuala Lumpur manakala Trulli dilaporkan kembali ke Itali. Mark Webber yang pada awalnya dilaporkan akan kembali ke Australia, kini dilaporkan mengikuti Christian Horner kembali ke Scotland melalui Nice.

Sehingga kini; kesemua kelengkapan termasuk ke semua 24 jentera F1 dilaporkan masih terkandas di Shanghai.

Red Bull bakal menggunakan F-duct di Spain?


Selepas Sauber, Williams, Ferrari dan Mercedes berjaya melakukan ujian terhadap sistem F-duct mereka, kini pasukan Red Bull, Renault dan Force India pula dilaporkan bakal memperkenalkan sistem F-duct mereka di Barcelona kelak. Renault yang sebelum ini menafikan mereka membangunkan sistem F-duct mereka kini mengakui mereka telahpun menjalankan pembangunkan sistem F-duct mereka dan bakal melakukan ujian ketika sesi latihan bebas pada GP Barcelona.

Pasukan Mercedes pula berkata, sistem F-duct yang mereka uji pada jentera W01 di Shanghai adalah "version ringkas" dan menambah bahawa satu sistem f-duct yang lengkap akan di uji di Barcelona. Fernando Alonso menegaskan, Ferrari tidak akan tergesa-gesa untuk menggunakan sistem F-duct mereka buat masa ini.

Krisis Massa dan Alonso?

Massa tidak puas hati dengan tindakan Alonso(kanan) memintasnya di Pit lane

Tindakan melulu Alonso yang memintas Massa di pit lane pada lap ke-23 di GP China telah menimbulkan pergeseran antar kedua pelumba Ferrari berkenaan. Ferrari President Luca di Montezemolo menegaskan bahawa tiada apa yang berlaku antara Massa dan Alonso sambil menyifatkan media tersilap tafsir komen Massa mengenai insiden berkenaan. Bagaimanapun team principal Stefano Domenicali mengesahkan berlaku pertengkaran kecil selepas perlumbaan tamat tetapi menegaskan tiada apa yang serius yang boleh menjejaskan hubungan Massa dan Alonso.

I have to say that Fernando, he is a racer, and I have to say that Felipe behaved very, very well, It is not easy, and I can understand what could be his [Massa's] feeling, but this episode has not changed our philosophy and for me that is the most important thing - Stefano Domenicali

Bukan salah Ferrari - Sauber

Enjin Ferrari pada jentera C29 sekali lagi menghampakan Sauber

Walaupun sekali lagi mengalami kegagalan enjin Ferrari pada jentera C29 selepas perkara yang sama berlaku di Sepang; Sauber menegaskan mereka tidak menyalahkan enjin Ferrari yang di supply kepada mereka.

Di GP China Pedro De La Rosa dilihat begitu kompetatif sehinggalah enjin Ferrari yang diguna oleh pasukan Sauber mengalami Masalah. Malah enjin Ferrari yang diguna oleh Alonso pada jentera F10 Ferrari jugak mengalami masalah yang sama semasa di Bahrain, Sepang dan juga ketika sesi latihan bebas 1 di GP China pada Jumaat lepas. Setakat ini Alonso telah menggunakan 3 dari 8 enjin yang dibenarkan untuk musim 2010.

Sadly there was a problem with the car. It is engine related but we can't say whether it's a specific engine problem or a problem related to the chassis. We still need to analyse that when the car comes back. It was a points' opportunity today, but unfortunately it didn't happen.- James Key [Sauber Technical Drector]

PaddockBox

No comments: