Red Bull membuktikan mereka memang mantap pada sesi kelayakan masa dan sekaligus melenyapkan segala tuduhan sepanjang 3 pusingan yang lepas bahawa mereka menggunakan active ride height control. Vettel dan webber mengungguli sesi kelayakan masa GP Shanghai.
Pole position GP Shanghai esok milik Vettel
Q1
Luizi menjadi mangsa terbaru dari pasukan pertengahan yang gagal ke Q2 setelah hanya sekadar mencatatkan masa ke 18 terpantas dengan catatan 1minit 37.161 saat. Tiada apa kejutan yang mampu dilakukan oleh 3 pasukan baru di Shanghai.
Trulli gagal mengawal jentera T127 diselekoh akhir
Q2
Schumacher nyaris terkandas di Q2 tetapi bernasib baik pada saat akhir dengan kelebihan 0.033saat untuk menyingkirkan Barrichello. Kobayashi yang mencatatkan masa ke-15 terpantas bakal menerima penalti diturunkan sebanyak 5 petak pada grid akibat menukar gearbox; dan esok Kobayashi akan memulakan perlumbaan di petak ke-20. Beumi yang terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan bebas 1 semalam berjaya mencatatkan masa 1minit 36.149saat untuk menduduki petak ke-13 di hadapan Petrov yang memandu Renault
Q3
Red Bull mendominasi petak 1 dan 2. Alonso berjaya mencatatkan masa ke-3 terpantas dihadapan Rosberg yang memandu Mercedes. Hamilton dan Button masing-masing menduduki petak ke-5 dan ke-6. Schumacher masih gagal menyaingi kepantas Rosberg bilamana beliau sekadar mencatat masa ke-9 terpantas di hadapan pemandu Force India; Sutil, Massa di petak ke-7 dan kubica dari Renault bakal bermula dipetak ke-8.
Catatan masa Massa terjejas akibat beliau gagal mengawal F10 diselekoh terakhir
Kedudukan Grid untuk perlumbaan GP China esok
Webber, Vettel & Alonso
Walaupun berpuas hati dengan ujian F-duct yang dijalankan; Ferrari tidak akan menggunakannya untuk perlumbaan esok. Alonso juga menegaskan di sebalik berjaya menduduki petak ke-3 untuk perlumbaan esok, beliau tidak akan memikirkan kemungkinan bakal mengalami kegagalan enjin sama seperti di Sepang. Vettel pula menjangkakan hujan bakal turun pada hari perlumbaan.
Perlumbaan di Shanghai International Circuit ini merupakan perlumbaan flyaway yang terakhir. Selepas ini F1 akan kembali ke Eropah dimana beberapa pasukan telah mengesahkan bakal melakukan major upgrade untuk jentera pasukan masing-masing.
Apakah RB6 akan terus mampu bertahan disepanjang perlumbaan sepertimana di Sepang 2 minggu lepas? Apakah Alonso bakal sekali lagi mengalami kerosakan enjin? Apakah Schumacher semakin tertekan selepas buat kali-4 berturut-turut Rosberg berjaya mengatasi beliau pada sesi kelayakan masa?
Nantikan keputusan dan laporan penuh Perlumbaan F1 GP China di litar antarabangsa Shanghai; esok.
GP Shanghai masih gagal menarik jumlah penonton yang ramai di litar
Paddockbox
1 comment:
kan bez kalo leh naik keter nih kat highway.
Post a Comment