Thursday, April 1, 2010

Preview GP Sepang

2010, tahun ke-12 Sepang menganjurkan perlumbaan F1. Pada tahun pertama penganjuran pada 1999; ianya satu perlumbaan yang menarik; dengan kemunculan semula Shumacher yang berehat dalam 4 bulan selepas kemalangan di Silverstone
Kemalangan di Silverstone yang meranapkan impian Schumacher untuk memburu kejuaraan 1999

Kemunculannya semula di Sepang selepas kemalangan di silverstone itu tak lebih sekadar membantu Eddie Irvine untuk mencabar McLaren bagi kejuaraan pengeluar dan pelumba. Penganjuran pertama kali di Sepang, bukan hanya diwarnai dengan kemunculan semula Schumacher yang baru pulih dari kecederaan; tetapi juga diwarnai denga skandal barge board pada jentera F399 Ferrari. Eddie Irvine memenangi perlumbaan pertama di Sepang tetapi kejuaraan pelumba 1999 menjadi milik pemandu McLaren Mika Hakinen yang menamatkan perlumbaan 1999 di Sepang di tempat ke-2 dan Schumacher ditempat ke-3.
Itu cerita 1999.

Kembali ke Musim 2010.

Niki Lauda semasa di Bahrain ada berkata; Micheal Schumacher akan kembali ke prestasi asal menjelang pelumbaan di Sepang. Hujung minggu lepas; Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 setelah bangkit dari insiden di selekoh pertama yang melibatkan Alonso dan Button. Kemunculan semula Schumacher setelah bersara kini sering dibayangi dengan prestasi pelumba muda Mercedes, Nico Rosberg. Selepas 2 pusingan, Rosberg berjaya menamatkan perlumbaan di depan Schumacher; dan memasuki pusingan ke-3 di Sepang, Rosberg dilihat sekali lagi tidak akan memberikan laluan mudah kepada Schumacher.

Hamilton; tempat ke-6 di Melbourne dan rasa tidak puas hati terhadap strategi pit McLaren dilihat bakal menjadi pendorong untuk menebus kekecewaan di Albert Park. Button pula menyifatkan litar Sepang akan memberikan sedikit tekanan kepada para mekanik dan engineer untuk mencari setup yang sesuai bagi jentera McLaren MP4-25.

 Insiden di pusingan ke-56 di Albert Park ini memusnahkan harapan Hamilton untuk tempat ke-3

Bagi Ferrari pula, mereka begitu selesa dengan ketahanan jentera F10 mereka setakat ini. Disebalik insiden di selekoh pertama di Albert Park; pelumba mereka berupaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 dan ke-4.

We were not the quickest car in the first two races, but we did a good job - Felipe Massa

Sauber dilaporkan akan terus melakukan ujian terhadap system F-Duct mereka. Pedro De La Rosa berkata, pasukan Sauber akan terus melakukan ujian terhadap F-Duct system mereka disepanjang sesi latihan bebas di Sepang dan berkemungkinan akan menggunakannya semasa perlumbaan hari Ahad.

Walau apapun strategi dan hitungan setiap pasukan, faktor cuaca tidak menentu di Malaysia sekali lagi bakal memberikan cabaran maksimum kepada setiap pelumba. Pada musim 2009, perlumbaan hanya sempat berlangsung selama 33 pusingan sebelum bendera merah dikibarkan sebagai menandakan perlumbaan dihentikan dan Button diisytiharkan sebagai pemenang berdasarkan kedudukan pelumba sebelum red flag (gambarajah bawah).

Besok (jumaat 2/4/2010) bakal berlangsung sesi latihan bebas. Hujan lebat diramalkan melanda pada lewat petang. Aku meramalkan semua pasukan akan melakukan setup jentera full wet track setup. Ada beberapa pelumba yang dilihat selesa berlumba di litar basah antaranya Vettel, Massa, Hamilton dan semestinya Schumacher.
 Hujan di sepang bakal menambahkan lagi cabaran

 Fairuz Fauzy; bakal mengemudi jentera T127 LotusF1 pada sesi ujian pertama; menggantikan tempat Kovalainen; Heiki Kovalainen bakal muncul semula di sesi latihan bebas ke-2.

Sidepod mirror akan di ban bermula di GP China. Antara pasukan yang dilihat kerap menggunakan sidepod mirror ialah Ferrari, Red Bull, Sauber, Force India, Williams dan HRT. Sidepod Mirror ialah cermin sisi yang diletakkan pada sidepod berbanding kedudukan lazimnya.


Apa Kata Mereka: 

PaddockBox

No comments: