Friday, April 9, 2010

Beberapa litar bakal digugurkan dari kalendar F1

F1 supremo, Bernie Ecclestone menegaskan beberapa litar bakal digugurkan bagi memberi laluan kepada beberapa litar baru. India bakal menganjurkan perlumbaan F1 pertama mereka pada 2011; dan kini Bernie berkata dia sedang berusaha untuk memasukkan New York dan Moscow ke dalam kalender perlumbaan F1 menjelang 2012 dan 2013. Bernie juga menegaskan beliau tetap komited mahu melihat perlumbaan F1 dijalankan di tengah bandaraya Rome.


Perlumbaan di New York dan Rome dicadangkan diadakan secara street racing di tengah bandaraya Rome dan Manhattan.

Adakah jalan Via Della yang menuju ke Vatican ini bakal termasuk dalam laluan litar street racing di Rome?

Satu pemandangan yang menarik jika GP New York street racing dapat dimeterai menjelang 2013

Layout Litar F1 India.
Senarai Litar untuk musim 2010 (Click picture to enlarge)
sumber senarai litar musim 2010 : wikipedia

Litar manakah yang bakal digugurkan bagi memberi laluan kepada New York, Moscow dan Rome?

PaddockBox

No comments: