Thursday, April 8, 2010

Perkembangan Semasa [2]

 Ride Height Control

FIA menegaskan sebarang percubaan untuk menggunakan ride height control device pada jentera F1 adalah dilarang sama sekali. Peraturan melarang menggunakan device berkenaan semasa sesi kelayakan dan sebelum perlumbaan telah diguna pakai sejak 1993. Pasukan Williams dan Lotus adalah pelopor kepada active ride height control pada era 90-an.

Any system device or procedure, the purpose and/or effect of which is to change the setup of the suspension while the car is under Parc Fermé conditions, will be deemed to contravene article 34.5 of the sporting regulations. Article 34.5 states that any car that has work carried out on it between the end of qualifying and the race must then sacrifice its grid position and start from the pits; any self-levelling damper system is likely to contravene article 3.15 [a set of rules relating to aerodynamics] of the technical regulations - FIA

RB6 Red Bull Racing telah dituduh menggunakan device berkenaan yang membolehkan pemandu RB6 melakukan adjustment pada ride height di litar semasa sesi kelayakan.


 Jentera RB6 telah menjalani pemeriksaan ketat selepas sesi kelayakan di Sepang Sabtu lepas. FIA telah melepaskan Red Bull Racing dari tuduhan menggunakan device yang diharamkan sejak 1993. Christian Horner sekali lagi menegaskan bahawa Red Bull tidak menggunakan sebarang alat active ride height control pada jentera RB6 dan mengalu-alukan kenyataan FIA mengenai isu berkenaan

Martin Withmarsh pula mengaku McLaren sedang membangunkan sistem yang hampir serupa dengan active ride height control tetapi menegaskan sistem yang dibina itu masih dalam lingkungan peraturan artikel 34.5; beliau bagaimana pun enggan mengulas lanjut.

Kenyataan media FIA semalam mengenai isu ride height control adalah sebagai satu amaran kepada setiap pasukan bahawa peraturan artikel 34.5 yang dikuatkuasa sejak 1993 masih diguna pakai sehingga kini; dan sebarang percubaan untuk menggunakan active ride height control adalah di larang sama sekali.

James Key; Chief Technical Director Sauber

Willy Rampf semalam telah dengan rasminya menyerahkan tugasnya sebagai Chief Technical Director pasukan Sauber kepada James Key. Key yang berpengalaman selama 13 tahun di Force India kini menghadapi tugas getir dalam memastikan jentera C29 Sauber mampu memberikan saingan.

 James Key

Peter Sauber berkata, pengalaman dan kepakaran Key dalam membangunkan jentera Force India sehingga ke tahap mampu bersaing dengan kelompok hadapan adalah sangat berharga buat Sauber. Mampukah Key mengubah nasib Sauber?

Illegal race weaving

Hamilton melakukan aksi weaving ke kiri dan kanan litar dengan agresif terhadap Petrov

Hamilton bernasib baik bila beliau sekadar diberi amaran keras susulan dari aksi weaving beliau ketika cuba menghalang Petrov dari memintas pada lap ke-8.  

Weaving bermaksud; melakukan tindakan menghalang yang agresif. Race steward untuk perlumbaan di Sepang hujung minggu lepas ialah Johnny Herbet.

Bridgestone akan keluar dari kancah F1

2010 merupakan tahun terakhir bagi bridgestone untuk supply tayar buat perlumban F1. Bridgestone memutuskan untuk tidak menandatangi kontrak baru tahun depan. Keputusan Bridgestone itu telah membuatkan FOTA kini mencari supplier tayar baru.

Bekalan tayar bridgestone untuk F1 akan berakhir pada penghujung 2010

Beberapa senarai pengganti kini berada dalam pertimbangan FOTA; antaranya KUMHO, Hankook, Goodyear dan kemungkinan kemunculan semula Michelin. Bagaimanapun wakil Michelin berkata; syarikat pembuat tayar berkenaan hanya akan kembali jika setiap pasukan membayar bagi setiap tayar yang dibekalkan dan jugak meminta supaya dilakukan pindaan pada peraturan agar tayar low profile 18inch dibenarkan pengunaannya.

FOTA dilihat agak keberatan untuk memenuhi tuntutan Michelin; walau bagaimanapun mereka masih lagi berbincang mencari jalan penyelesaian.

PaddockBox

No comments: