Saturday, April 24, 2010

Bagaimana sistem F-duct McLaren berfungsi

McLaren merupakan pelopor kepada teknologi yang mampu menambahkan kuasa top speed pada laluan lurus. McLaren mengunakan terma RW80 tetapi dikalangan pasukan lain device berkenaan lebih dikenali sebagai F-duct. Memandangkan FIA telah pun memberi lampu hijau kepada pengunaan F-duct; kini pasukan lain sedang giat membangunkan sistem F-duct mereka.

Di sini aku mau kongsikan maklumat bagaimana sistem F-duct McLaren berfungsi.

McLaren membangunkan sistem F-duct berdasarkan teknologi aerospace yang bergantung kepada perubahan tekanan udara. Udara / angin di-scoop melalui open inlet pada chasis 


dan kemudian disalurkan ke kawasan cockpit pemandu.

Satu lagi lohong udara terletak di bahagian atas cockpit. Anak panah biru menunjukkan udara / angin yang di salurkan terus ke bahagian enjin V8.

Manakala anak panah kuning pula menunjukkan aliran udara / angin yang disalurkan ke bahagian kotak gear yang bertujuan untuk menyejuk minyak gear dalam keadaan normal.

Dalam keadaan pecutan rendah; aliran udara (anak panah kuning) akan terus disalurkan menyejukkan kotak gear manakala aliran udara(anak panah biru) akan disalurkan untuk menyejuk enjin V8.

Apabila pemandu menutup open inlet semasa memecut di laluan lurus; pemandu akan menggunakan lutut kiri untuk menutup laluan udara pada open inlet. Apabila laluan udara ditutup, akan berlaku perubahan tekanan udara di ruang cockpit ; maka aliran udara / angin yang disalurkan untuk menyejukkan kotak gear akan dipintas dan disalurkan terus ke sayap belakang.

Angin yang disalurkan ke sayap belakang akan memberikan tekanan dan mewujudkan satu kawasan udara tekanan rendah. Udara / angin yang sebelum ini disalurkan ke kotak gear akan terus disalurkan ke kepingan slot sayap belakang; dengan ini ia berupaya mengurangkan lagi downforce dan drag dan sistem F-duct ini akan secara kritikalnya memberi tambahan 3km/j kepada top speed semasa dilaluan lurus.

Setakat ini semua pasukan utama telah mengesahkan mengenai usaha membangunkan sistem F-duct mereka; kecuali Toro Rosso dan 3 pasukan baru. Mereka memberi alasan ketiadaan bajet untuk melakukan pembangunan sistem F-duct.

PaddockBox

2 comments:

miss hav0c said...

haha apesal aku baca td kat gb entry ko ni cmne mesen mcflurry berfungsi..tiba2 aik mclaren adoi haha

KERS said...

chait.. Mcflurry apanya.

haha