Friday, April 2, 2010

GP Sepang : Sesi Latihan bebas


Kemuncak perlumbaan F1 di Sepang  kini sudah bermula. Pada hari khamis satu pembaikan pada peraturan musim 2010 dilakukan melibatkan cermin sisi yang diletakkan pada sidepod; cermin pada sidepod itu kini sudah di ban pengunaannya bermula di perlumbaan di China. Vettel menyuarakan kerisauan mengenai pengharaman cermin sisi di sidepod boleh menjejaskan sedikit prestasi jentera RB6; Walaubagaimanapun team principal Red Bull Racing tidak melihat itu sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan prestasi RB6. Massa pula menyifatkan cermin sisi pada jentera F1 sebagai tidak mendatangkan apa-apa kesan pada jentera F1.

Sesi Latihan Bebas 1

Lewis Hamilton mengungguli sesi latihan bebas 1 dengan catatan 1 minit 34.921 saat. Nico Rosberg terpantas bagi Mercedes dengan catatan masa ke-2 terpantas di depan seorang lagi pemandu McLaren, Jenson Button; manakala juara dunia 7 kali, Micheal Schumacher mencatat masa ke-4 terpantas. Kedua-dua pelumba Ferrari begitu low profile pada sesi latihan bebas 1 ini; Alonso ditempat ke-8 manakala Massa ditempat ke-11.Fairuz Fauzy sekadar mencatat masa ke 22 terpantas dengan catatan masa 1 minit 40.721 saat dan berada di belakang kedua-dua pelumba Virgin Racing.

2 kali T127 yang dikendalikan oleh Fairuz Fauzy berpusing di litar

Sesi Latihan bebas 2:

Hamilton sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas 2. Vettel kembali menyerlah ditempat ke-2 diikuti Rosberg button dan Schumacher. Pasukan yang menggunakan enjin Cosworth dilihat kurang menyegat dan berada di luar kelompok top 10. 

Mark Webber yang mencatat masa ke-6 terpantas pada sesi latihan bebas 1; berdepan dengan masalah  enjin jentera RB6 pada sesi latihan bebas 2 dan sekadar mampu mencatat masa ke-20 terpantas dibelakang Kovalainen dan Trulli.

Williams F-Duct system

Selepas Sauber mengikuti jejak McLaren dengan menggunakan F-Duct system, kini satu lagi pasukan dilihat melakukan ujian terhadap F-Duct system. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Williams sekadar melakukan ujian terhadap F-duct system mereka atau bakal menggunakannya pada perlumbaan pada hari ahad ni.

Apa kata Mereka:

PaddockBox

No comments: