Hujan tak turun pun; perlumbaan dalam keadaan litar kering. Nasib malang bagi Pedro De La Rosa bilamana enjin cosworth pada jentera C29 yang dipandunya mengalami masalah ketika installation lap menuju ke grid untuk mengambil tempat sebelum perlumbaan. Rubens Barrichello juga seolah dilihat mengalami masalah enjin bila jentera beliau gagal bergerak sebaik perlumbaan dimulakan
Permulaan yang sempurna buat semua pelumba menuju ke selekoh pertama.
Vettel (kanan) berjaya memintas Webber diselekoh pertama
RB6 tidak mengalami sebarang masalah dan ini membolehkan Vettel dan Webber menguasai perlumbaan dari mula tanpa sebarang tentangan yang sengit.
battle for backmarkers?
Massa yang memulakan perlumbaan dipetak ke-21, bermula cemerlang dengan memintas Alonso dan Button sebelum Hamilton berjaya memintas beliau.
Antara pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan ialah Kobayashi yang mengalami masalah enjin sewaktu begitu sengit memberi tentangan terhadap Petrov dan Hamilton. Schumacher pula berkata satu skru tayar belakang jentera beliau dipercayai tercabut dan terpaksa menghentikan kereta beliau sebelum tayar pulak tercabut; apa pun update mengenai masalah sebenar jentera Schumacher akan aku publish kemudian nanti. Petrov jugak mengalami masalah enjin; Enjin Ferrari F10 Alonso meletup ketika perlumbaan berbaki 2 pusingan; beberapa saat sebelum tu Alonso berjaya memintas seketika Button di selekoh pertama pada pusingan ke 54.
Kovalainen vs Brunno Senna
Heiki Kovalainen yang memulakan perlumbaan dipetak ke-15 menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 tetapi tidak diclasified. Sebelum itu ketika perlumbaan berbaki 20 pusingan, Kovalainen dilihat cuba memintas pelumba Virgin tetapi gagal dan tayar belakang T127 pancit setelah berlaga dengan sayap depan jentera Virgin Racing; beliau masuk pit untuk menukar tayar dan selepas 2 pusingan beiau masuk kembali ke pit dengan masalah haidrolik; Kovalainen terpaksa terperap dalam pit untuk beberapa pusingan sebelum dibenarkan semula kembali masuk ke litar. Nasib malang buat LotusF1 di Sepang
Vettel mendominasi Sepang setelah gagal di Sakhir dan Albert Park
Webber, Adrian Newey, Vettel & Rosberg
Ramalan Niki Lauda mengenai kebangkitan Schumacher di Sepang jauh meleset. Ramalan hujan pada pukul 5 petang jugak jauh meleset. Walaupun tiada hujan, cuaca yang agak mendung di Sepang membuatkan perlumbaan tidak membosankan. Banyak aksi memintas terutama melibatkan pasukan Ferrari dan McLaren yang berusaha untuk mengejar pendahulu. Jentera RB6 Red Bull Racing tidak buat hal di Sepang dan mereka mendominsi Sepang. Rosberg berjaya menaiki podium pertama buat MercedesGP dan itu sudah pastinya memberikan tekanan buat Schumacher untuk pamerkan aksi sebenar beliau. Force India kekal konsisten dalam pungutan mata. Kesemua pasukan yang menggunakan enjin Cosworth gagal menyerlah di Sepang!
Keputusan penuh perlumbaan di Sepang
Kedudukan terkini pungutan mata setiap pelumba
Kedudukan terkini pungutan mata kategori pengeluar
2 minggu lagi perlumbaan pusingan ke-4 akan berlangsung di China dari April 16-18.
Adrian Newey Masterpiece; RB6
PaddockBox
No comments:
Post a Comment