Saturday, April 3, 2010

GP Sepang : Sesi Kelayakan Masa

Sesi kelayakan yang penuh drama dan kejutan. Inilah yang dinamakan "Lottery Qualifying Session" dimana pasukan kelompok bawah dan pertengahan mampu melakukan kejutan didalam keadaan cuaca yang tak menentu.

Pada sesi latihan bebas 3 yang dijalankan dalam keadaan litar yang kering; Webber berjaya mencatatkan masa terpantas mengatasi Hamilton di tempat ke-2. Dan dalam sesi kelayakan masa yang dijalankan dalam keadan litar basah dan hujan lebat, Webber berjaya mencatatkan masa terpantas manakala Hamilton tidak melepasi sesi Q1 akibat kesukaran melakukan pecutan dilitar basah.


Q1

Satu kejutan bila kedua-dua pelumba Ferrari dan McLaren tidak melepasi Q1. Button di clasified sebagai layak ke Q2 tetapi memilih untuk tidak melakukan cubaan mencatatkan masa pada Q2 kerana mahu memastikan jentera MP4-25 miliknya mampu dibaikpulih menjelang perlumbaan esok.

Button terbabas dan sekadar mencatat masa ke-17

Dengan masalah yang dihadapi Ferrari dan McLaren; ini membolehkan Heiki Kovalainen melepasi Q1 buat pertama kali untuk pasukan LotusF1.

Q2
Pada Q2, cuaca dilihat sedikit tenang dengan litar pulak kelihatan semakin kering tetapi semua pasukan memilih untuk menggunakan tayar intermediate. Namun menjelang 5 minit sebelum sesi Q2 tamat, hujan kembali turun. Schmacher nyaris terkeluar dari merebut tempat ke Q3 bilamana Pedro De La Rosa gagal mengikut jejak Kobayashi yang ketika itu sudah selesa berada di tempat ke-6 untuk memasuki sesi Q3. Kegagalan De La Rosa telah berjaya menyelamatkan Schumacher yang ketika itu berada ditempat ke-10; slot terakhir untuk Q3

Q3
Ketika sesi Q3 berbaki 7minit, Race director Charlie Whitting bertindak menghentikan seketika sesi Q3 akibat dari hujan lebat dan beberapa pelumba menghantar feedback ke pitwall mengatakan bahawa keadaan di litar sebagai tidak sesuai untuk dipandu. Sesi Q3 terhenti hampir 15 minit sebelum disambung semula pada jam 5:10 petang.

Ketika semua pelumba memilih untuk menggunakan tayar "full wet" Mark Webber pula bertindak gamble dengan memilih untuk menggunakan tayar intermediate bila mana keadaan litar dilihat sebagai tidak sesuai untuk tayar jenis inter. Dan gamble si Mark Webber berjaya meletakkan dia di pole position untuk perlumbaan esok. Nico Rosberg ditempat ke-2  dan Vettel di tempat ke-3. Schumacher sekadar ditempat ke-8 Kobayashi cemerlang untuk Sauber ditempat ke-9. Manakala Williams cemerlang dikalangan pengguna enjin Cosworth; Hulkenberg di petak ke-5 dan Barrichello di petak ke-7. Kedua-dua pelumba Force inda berjaya berada di Q3 dan masing-masing berada dipetak ke-10 untuk Luizi dan Sutil cemerlang di petak ke-4.

Ferrari tersilap percaturan

 Rosberg, Webber & Vettel

Red Bull sekali lagi sangat cemerlang sepanjang sesi kelayakan sama seperti di Bahrain dan Melbourne. Tetapi persoalaannya adakah mereka mampu bertahan untuk perlumbaan esok? Selepas 2 pusingan, daya tahan jentera RB6 telah banyak mengecewakan Vettel mahupun Webber; adakah keadaannya akan berlainan esok? Ferrari dan McLaren akan bermula di belakang grid. Kobayashi berjaya menguasai keadaan litar yang basah; manakala Rosberg sekali lagi berjaya mengatasi Schumacher.

Kedudukan grid perlumbaan

Cuaca yang tak menentu bakal menyajikan perlumbaan yang menarik esok
dah bosan jadi hero hindustan ke bang?

PaddockBox

No comments: