Alonso Jump-start dan menerima drive thru penalty
GP China bermula dengan kontroversi Alonso yang jump-start lampu hijau pada permulaan perlumbaan. Semua pelumba bermua dengan slick tyre sebelum hujan turun pada lap ke 2. Sebaik hujan turun, beberapa front runner memasuki pit. Schumacher pelumba pertama memasuki pit untuk intermediate tyre; tetapi Button dan Rosberg terus menggunakan slick tyre hingga ke pit stop pertama. Pada first stint, tayar inter sekadar mampu bertahan sejauh 3 hingga 4 lap sebelum tayar menjadi botak dan keadaan itu memaksa pelumba sekali lagi memasuki pit untuk menukar kembali ke tayar slick. Pada peringkat ini Button dan Rosberg yang masih menggunakan tayar slick terus berentap dan menjarakkan diri dari pelumba yang lain.
Pasangan Red Bull hanya sekadar mampu melihat Alonso melakukan kesilapan jump start
Kali ini di Shanghai, giliran McLaren menguasai podium 1 dan 2 manakala Rosberg sekali lagi cemerlang untuk Mercedes dengan menamatkan perlumbaan ditempat ke-3. Walau bagaimanapun, insiden di pit stop yang kini sedang di siasat oleh stewards perlumbaan bakal mengundang padah pada Hamilton. Hamilton berdepan kemungkinan dikenakan penalti 25 saat; jika itu hukumannya bermakna Hamilton bakal kehilangan podium tempat kedua dan berada di tempat ke-5 dibelakang Kubica; Rosberg bakal diiktiraf sebagai pemenang podium tempat ke-2 dan Alonso ke-3. Satu lagi bentuk hukuman yang mungkin diterima Hamilton ialah grid penalty pada perlumbaan di Catalunya, 3 minggu lagi. Button juga berada dalam siasatan steward perlumbaan bila mana tindakannya pada selekoh akhir ketika safety car memasuki semula pit hampir menyebabkan perlanggaran berlaku
Insiden membabitkan Hamilton dan Vettel di kawasan pit
2 safety car period berlaku di sepanjang perlumbaan. 1 ketika di awal perlumbaan selepas kemalangan yang berpunca dari Luizi yang turut membabitkan Kobayashi serta Beumi dan kali kedua safety car keluar bila mana terdapat serpihan di litar pada pertengahan perlumbaan. Pedro De La Rosa sekali lagi dihampakan dengan kerosakan engine Ferrari pada C29; pada peringkat awal De La Rosa yang berada ditempat ke-4 begitu cemerlang mengekori Kubica di tempat ke-3 sebelum enjin Ferrari mengeluarkan asap dan sekaligus mengeluarkan De La Rosa dari perlumbaan. Kovalainen dari Lotus menamatkan perlumbaan di tempat ke-14; pada suatu ketika Kovalaianen berjaya berada dalam kelompok top 10 bila hampir kesemua front runner agak berhati-hati dalam litar basah; tetapi sebaik sahaja selepas schedule pit stop di pertengahan perlumbaan Kovailainen dipintas semula oleh semua front runner team.
Semua serba tak kena buat pasukan Sauber setakat ini
Pertarungan Hamilton dan Schumacher pada pertengahan perlumbaan
Button memenangi GP China
Keputusan penuh GP China
Kedudukan kejuaraan kategori pelumba selepas GP China
Kedudukan kejuaraan kategori pengeluar selepas GP China
Dalam masa 3 minggu lagi perlumbaan akan kembali ke Eropah. Tetapi sebaik saje tamatnya perlumbaan di China ini; ada kemungkinan segala logistik F1 dari semua kereta hingga ke segala kelengkapan dan dan para pekerja setiap pasukan F1 bakal terkandas di China sehingga hari Isnin akibat dari hampir semua lapangan terbang di Eropah di laporkan ditutup akibat dari awan yang terbentuk dari debu letusan gunung berapi Iceland. Beberapa pelumba dilaporkan meneruskan cuti mereka di Asia. Schumacher dan Bernie dilaporkan akan ke Thailand, Webber akan kembali ke kampung di Australia, Team Lotus dilaporkan akan kembali ke Kuala Lumpur sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka terbang semula ke Eropah.. Untuk mengangkut kesemua kereta lumba F1 yang digunakan oleh setiap pasukan 6 pesawat 747 diperlukan; dan keenam enam pesawat itu kini dilaporkan terkandas di eropah sehingga keadaan kembali pulih di Eropah.
Button dan Hamilton kini disiasat oleh Steward perlumbaan ekoran insiden yang mereka cetuskan
Button, Hamilton & Rosberg
Perlumbaan seterusnya di litar Catalunya, Sepanyol; 3 minggu lagi.
====
UPDATE!
1- Tiada tindakan penalty ke atas Hamilton ekoran dari insiden di pit lane selepas melakukan pit stop
PaddockBox
No comments:
Post a Comment