Luscious Liz (RB6)
Kate’s Dirty Sister dan jugak Luscious Liz adalah nama yang Sebastian Vettel guna untuk jentera lumba yang dia pandu.
Kate's Dirty Sister adalah jentera RB5 2009 yang dipandu Vettel. Bersama Kate's dirty sister, Vettel mengungguli 4 perlumbaan pada musim 2009 iaitu Juara di China, Great Britain, Jepun dan Abu Dhabi.
Luscious Liz pula adalah jentera RB6 yang diguna Vettel untuk musim 2010 ni. Setakat ni Vettel dan Luscious Liz sudah memenangi satu perlumbaan dari 19 jadual perlumbaan. Di Sepang, Luscious Liz telah membuatkan Vettel berada di Podium. Adakah Luscious Liz mampu membawa Vettel ke puncak juara kategori pelumba untuk musim 2010?
Kate's Dirty Sister dan Luscious Liz adalah jentera yang di reka oleh pakar aerodynamicist dalam kancah F1 iaitu Adrian Newey. Newey ialah tulang belakang ketika era keunggulan McLaren pada akhir 90-an sebelum berpindah ke Red Bull Racing pada 2006.
PaddockBox
No comments:
Post a Comment