Saturday, April 24, 2010

Dulu - dulu punya design jentera F1

Jackie Stewart memandu jentera lumba pasukan MATRA

Gambar di atas memaparkan jentera lumba pasukan MATRA (Mécanique Avion TRAction or Matra) yang dipandu oleh Jackie Stewatr semasa perlumbaan di Grand Prix Afrika Selatan, Kyalami pada tahun 1969. Rekaan itu merupakan antara rekaan awal yang menjurus kepada penggunaan sayap pada jentera F1. Menjelang tahun 70-an, sayap belakang menjadi keperluan standard kepada jentera F1 dan sekitar pertengahan 70-an, rekaan sayap depan pula mula digunakan.

Pada peringkat awal, sayap pada jentera F1 direkaletak secara terus pada suspensions, tetapi akibat dari beberapa kemalangan maut, FIA menetapkan supaya sayap pada jentera F1 direkaletak secara terus pada Chasis.

  Patrick Depailler memandu uji jentera Projek 34 pasukan Tyrell. Jentera F1 6 tayar pertama

Pada 17 Oktober 1975, pasukan Tyrell telah memperkenalkan prototype jentera F1 bertayar 6 di litar Silverstone. Ianya merupakan design paling radikal yang pernah di perkenalkan dalam kancah F1. Walaubagaimana pun, pada tahun 1976, pada Spanish GP, pasukan Tyrell telah mengguna jentera bertayar 6 ini buat pertama kalinya dalam perlumbaan kompetatif.

Pada Swedish GP, jentera P34 Tyrell ini telah berjaya menduduki podium 1 dan 2. Ketika itu Jody Schekter dan Patrick Depailler adalah pemandu bagi pasukan Tyrell. Selepas GP Swedish itu, Schekter bertindak keluar dari pasukan Tyrell dan menyifatkan jentera F1 bertayar 6 sebagai mengarut dan sampah

Jika pasukan Tyrell memperkenalkan jentra P34 yang beroda 4 di depan, pasukan Williams dan Ferrari pula mula membangunkan jentera F1 bertayar 6; tetapi mereka memilih untuk meletakkan 4 roda di belakang. Bagaimanapun, kedua-dua jentera bertayar 6 pasukan Williams dan Ferrari tidak pernah digunakan untuk berlumba dalam perlumbaan kompetatif.

Jentera March 2-4-0 pasukan WilliamsF1

Williams FW07E

 Ferrari 312T6

Sumber rujukan:

Tyrell P34
Williams March 2-4-0
Ferrari 312T


PaddockBox

No comments: