Thursday, April 15, 2010

GP China : Preview


Dalam tak sedar dah 7 tahun perlumbaan F1 dilangsungkan dibumi komunis ini. 2010 merupakan tahun ke-7 perlumbaan F1 dilangsungkan di Shanghai dan merupakan pusingan ke-4 dalam kalendar perlumbaan F1 musim 2010 ini.
 
Ferrari unggul di litar Antarabangsa Shanghai dengan 3 kemenangan iaitu pada tahun 2004, 2006 dan 2007. 

 Sebastian vettel merupakan pemenang bagi musim 2009; beliau yang menduduki pole position ketika itu berjaya menghalang kemaraan Barrichello yang memandu bagi BrawnGP.


Memasuki pusingan ke-4 bagi musim 2010 ini; beberapa penjelasan dan penguatkuasaan terhadap peraturan perlumbaan F1 dilakukan. Antaranya FIA menegaskan active Ride Height Control adalah dilarang sama sekali penggunaan dan peraturan tersebut telah diguna pakai sejak 1993. Dengan penjelasan FIA tersebut; McLaren telah secara rasmi dua hari lepas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menghentikan sama sekali pembangunan sistem yang hampir sama dengan Ride Height Control.

 Adakah anda dapat mengesan active ride height control pada RB6 diatas?


Beberapa pasukan utama telah mengesahkan mereka bakal menggunakan F-duct pada sesi latihan bebas esok. Ferrari dan Mercedes mengesahkan mereka akan menggunakan buat pertama kali sistem F-duct pada sesi latihan bebas tetapi enggan mengesahkan sama ada mereka akan menggunakannya pada hari perlumbaan. Pasukan Sauber dan William jugak antara pasukan terawal yang mengesahkan mereka telah melakukan ujian terhadap F-duct bermula dari Albert Park.


Alonso menegaskan bahawa Schumacher masih merupakan pencabar bagi kejuaraan pemandu 2010 walaupun selepas 3 pusingan Schumacher dibayangi dengan kecemerlangan Nico Rosberg yang berjaya menduduki posium tempat ke-3 di Sepang 2 minggu lepas.

I respect him in the same way I did three years ago and am sure that he will show his true qualities when the car is better. I really believe Michael will be a serious competitor for the title this year - Fernando Alonso

There were rumours about Ferrari last year, and now there are rumours again this year I don't think for any second or any minute about next year or my future - Robert Kubica

Perlumbaan baru memasuki pusingan ke-4 bagi musim 2010; tetapi terdapat perkhabaran bahawa Kubica bakal memandu untuk Ferrari bagi musim 2011. Perkhabaran itu dikuatkan lagi dengan berita bahawa Massa belum memutuskan sama ada akan meyambung kontrak dengan Ferrari bagi musim 2011.

Beberapa Stewards telah dilantik bagi memastikan semua pelumba mematuhi peraturan sepanjang perlumbaan di Litar Shanghai; mereka ialah Warwick, Mansell, Fittipaldi, Hill 

Memandangkan pengurusan Litar Shanghai masih lagi gagal menandatangi pembaharuan kontrak untuk menyambung penganjuran perlumbaan F1 setelah kontrak asal tamat pada penhujung musim 2010; kini ramai komuniti F1 berpendapat Litar Shanghai bakal menjadi litar pertama yang bakal digugurkan bagi memberi laluan kepada New York, Moscow atau Rome. Perlumbaan F1 di China dilaporkan gagal menarik jumlah penonton dilitar sejak 3 tahun lepas; dan dengan perancangan F1 Supremo, Bernie Ecclestone yang mahu membawa masuk New York, Moscow dan Rome ke dalam kalendar F1; adakah 2010 ini merupakan perlumbaan F1 terakhir di litar Shanghai?
Adakah kemunculan semula Schumacher mampu menarik warga China untuk menyaksikan perlumbaan di Litar antarabangsa Shanghai?

====
Ralat:
Dalam entri yang bertajuk F-duct; aku ada menulis mengenai pasukan sauber telah menggunakkan F-duct mereka dalam perlumbaan di Sepang 2 minggu lepas.

Aku ingin membuat pembetulan bahawa; Pasukan Sauber mahupun Williams belum lagi menggunakan sistem F-duct mereka. Pasukan Sauber hanya menjalankan ujian terhadap sistem F-duct mereka pada sesi latihan bebas sejak dari perlumbaan di Melbourne. Manakala pasukanWilliamsF1 pula mula menjalankan ujian sistem F-duct mereka bermula pada sesi latihan bebas di Sepang 2 minggu lepas.

Harap maklum




PaddocBox

No comments: