Beliau merupakan juara dunia 7 kali. Selepas 4 pusingan perlumbaan musim 2010, Schumacher hanya mampu mengutip 10 mata dan berada di tangga ke-10 kedudukan kejuaraan kategori pemandu; manakala rakan sepasukan beliau Nico Rosberg cemerlang dengan 50 mata dan berada di tangga ke-2 senarai kejuaraan pemandu.
Sebaik sahaja beliau mengumumkan akan kembali ke kancah F1 dan memandu untuk pasukakn MercedesGP pada 23 december 2009, ramai pengkritik melihatnya sebagai satu perjudian oleh Schumacher ke atas reputasinya sebagai Juara dunia 7 kali.
Eddie Jordan menyifatkan tindakan Schumacher kembali ke perlumbaan kompetatif F1 sebagai satu tindakan GILA dan Eddie meramalkan schumacher akan mengalami musim yang sukar. Niki Lauda pula pernah meramalkan Schumacher akan kembali bangkit bila perlumbaan sampai ke Malaysia; tetapi ianya tinggal sekadar ramalan bila mana Nico Rosberg terus membayangi Schumacher dengan kedudukan podium tempat ke-3
Selepas perlumbaan di Sepang, satu khabar angin bertiup kencang dikalangan mereka yang berada di Paddock; mereka mengatakan Schumacher tidak akan meneruskan kontrak di Mercedes ijka beliau masih gagal ke prestasi asal. Walaubagaimana pun spekulasi itu dinafikan oleh Ross Brawn dan dia menegaskan Schumacher akan memandu bersama Mercedes selama 3 tahun seperti yang termetarai dalam kontrak.
Disebalik segala kritikan sinikal yang diterima Schumacher, beberapa nama besar dalam kancah F1 kini dilihat mempertahankan reputasi juara 7 kali itu. Hakinnen berkata beliau yakin Micheal akan kembali memenangi perlumbaan
This sport expects total concentration. This is difficult to achieve when you are 41. At that age different things are important in your life - Mika Hakkinen
F1 supermo pula menegaskan semua pihak tidak patut memandang rendah prestasi Schumacher ketika ini
Michael would have never returned had he not been convinced that he can do the job. He is not a tourist in the paddock, he's here to win - and he will win again - Bernie Ecclestone
Nico Rosberg juga menegaskan Schumacher akan kembali ke prestasi asalnya tak lama lagi
I'm happy to be ahead of him but I don't know how long it will last - Nico Rosberg
Menjelang perlumbaan di Spain 2 minggu lagi, Mercedes mengesahkan mereka akan memperkenalkan jentera baru bagi menggantikan jentera W01 dengan jentera baru yang mempunyai longer wheelbase dan di harap dapat menyelesaikan masalah weight distribution pada jentera lumba mereka; dan yang menariknya upgrade drastik jentera W01 itu dilakukan khusus supaya bersesuaian dengan corak pemanduan Schumacher.
Our car does not have enough front downforce. New regulations have made the front tyres narrower, which means you need to generate more downforce at the front than before. Michael needs to be able to lean heavily on the front of the car to make his driving style work - Ross Brawn
Mampukah Schumacher bangkit ke prestasi asal beliau selaku juara dunia 7 kali bila perlumbaan musim ini kembali ke eropah? Adakah Jentera baru Mercedes yang diupgrade khusus disesuaikan dengan corak pemanduan Micheal mampu mengugat jentera pasukan lain?
Aksi Schumacher di GP China
Pendapat aku; Schumacher sudah terlalu berusia untuk memandu jentera F1. Sepanjang 4 pusingan setakat ini, aku boleh lihat Schumacher begitu berhati-hati setiap kali memecut di area apex tidak seperti ketika beliau begitu kompetatif, beliau tidak teragak-agak untuk memecut di area Apex.
Dimanakah kedudukan Schumacher pada penghujung musim 2010 kelak? aku ramalkan beliau sekadar mampu berada ditempat ke-10; paling baik pun tempat ke-5 keseluruhan; Juara musim 2010? Tak mungkin!
PaddockBox
No comments:
Post a Comment