Thursday, April 22, 2010

Perkembangan semasa [5]

Aku mahu Valentino Rossi - Luca di Montezemolo  

 President Ferrari Luca di Montezemolo menegaskan beliau tetap mahu semua pasukan "besar" dalam F1 dibenarkan meletakkan jentera lumba ke-3 dalam setiap perlumbaan bermula pada 2011. Beliau menegaskan jika FIA membenarkan pasukan utama menggunakan 3 jentera lumba di litar, beliau akan membawa masuk Juara MotoGP Valentino Rossi sebagai pemandu ke-3.

We want a third car and I would do everything to have Valentino (Rossi), When he wins this year's MotoGP, enough is enough, he must also win in Formula One - Luca di Montezemolo

Walaubagaimana pun Rossi yang melakukan ujian bersama Ferrari selama 2 hari  pada awal tahun ini menegaskan beliau akan tetap terus berlumba dalam MotoGP

When I could come to F1, I will be too old, There are wonderful drivers there. I'm fine in my world, which is bikes. This is just a diversion, some fun, and I am grateful to everybody for the opportunity - Valentino Rossi

Litar Sepang bakal dinaik taraf


Pengurusan litar Antarabangsa Sepang dilaporkan sedang mencari pelabur untuk kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian litar Sepang.
Unfortunately after three to four years, the track was not very well maintained, There are areas of the grandstand and the paddock where it leaks during a storm. We experience power trips and mechanical and electrical woes. We need a major overhaul and refurbishment. - Razlan Razali

Razlan juga berkata beliau berharap bantuan sebanyak RM180 juta untuk tempoh 5 tahun akan datang dari kerajaan dapat membantu usaha menaik taraf dan juga kerja-kerja ubah suai litar agar mampu setaraf litar Bahrain dan Shanghai.

Pada satu sesi pemeriksaan litar awal tahun ini, F1 Supremo menegaskan beliau mahu melihat litar Sepang dibaik pulih dan di naik taraf. Bernie menggelarkan Litar Sepang sebagai "isteri tua" yang perlukan make-up.

Kita kawan-kawan tak mau lawan


Alonso dan Massa menegaskan hubungan mereka selaku rakan sepasukan dalam Ferrari tidak terjejas disebalik insiden di pit lane semasa GP China ahad lepas dan menyifatkan laporan mengenai hubungan antara mereka semakin tegang sebagai tidak benar.

I already explained after the race what happened and I think it's useless doing it again, but obviously there's someone who doesn't want to understand. Have I spoken to Fernando? Sure, just like we talk to each other every day when we're on the track. We both know very well what Ferrari wants from us drivers and what we have to do on the track -  Felipe Massa

Felipe and I are racing and we know that the team's interest is the most important thing. We know how to behave and we've shown it on other occasions during these first races. It's definitely not the duels on the track, creating problems inside the team and I know this by experience. If someone wants to make a fuss, it definitely won't ruin the spirit of Ferrari. - Fernando Alonso

Korean Grand Prix tetap ikut jadual - Yung Cho Chung
 Pelbagai kerisauan muncul sebaik berakhirnya perlumbaan di Sepang 3 minggu lepas hingga memaksa Bernie Ecclestone terus terbang ke Seoul sebaik perlumbaan di Sepang berakhir. Ketika itu ada laporan mengatakan kemungkinan GP Korean tidak dapat dilangsung pada tahun ini berikutan beberapa prasarana penting di litar masih belum siap sepenuhnya dan litar itu sendiri masih belum diturap lagi.
Semasa GP shanghai, Bernie menegaskan GP Korean akan tetap berlangsung ikut jadual. Beliau menegaskan tiada apa yang perlu dirisaukan dna yakin semuanya akan siap menjelang hari perlumbaan. CEO dan penganjur GP Korea, Yung Cho Chong hari ini menegaskan bahawa GP Korean masih lagi ikut jadual.
 This week we have heard these stories about us, and I am actually now quite thankful because in the last week everybody is now interested in the race and it has switched back that it is definitely happening, Ecclestone was there and he clarified everything, so I have to thank him - Yung Cho Chung, the CEO and president of race organisers KAVO  

Pirelli berminat?
Pirelli menjadi pembuat tayar ke-3 yang menyatakan minat untuk menjadi pembekal tayar bagi pasukan F1. Sebelum ini Michellin dan Avon Cooper telah menyatakan hasrat masing-masing untuk membekalkan tayar kepada pasukan F1.

Pasukan utama dalam F1 seperti Ferrari dan McLaren dilihat lebih cenderung menyokong kemasukan semula Michelin sebagai pembekal tayar manakala syarikat Avon Cooper pula mendapat sokongan dari Bernie dan juga pasukan kelompok bajet kecil.

Pirelli sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk membekalkan tayar kepada perlumbaan F1 dan mereka lebih tertumpu kepada pembuatan tayar untuk kegunaan di luar litar lumba. Bagaimanapun;  Marco Tronchetti Provera yang juga merupakan pengerusi Pirelli berkata; syarikatnya juga akan mengenakan syarat yang serupa dengan syarat yang diusulkan oleh Michelin; Iaitu diameter tayar di naikkan dari 13' kepada 18' dan juga mahu melihat syarikatnya juga meraih keuntungan hasil dari membekalkan tayar kepada perlumbaan F1.

Tronchetti Provera berkata sehingga syaratnya itu dipenuhi, beliau melihat peluang untuk memasuki F1 sangat cerah tetapi buat masa ini semuanya masih diperingkat awal.


PaddockBox

No comments: