Friday, April 16, 2010

GP China : Sesi Latihan bebas


Hari ini petang tadi bermulalah sesi latihan bebas bagi GP F1 di China yang berlangsung Litar Antarabangsa Shanghai. Sesi latihan bebas pertama di warnai dengan kemalangan di selekoh ke-14yang menimpa Sebastian Beumi yang memandu Toro Rosso.

Beumi kemungkinan mengalami masalah break

"Hadiah" dari Beumi buat peminat di China; tayar bridgestone jentera STR5

Team Principal Toro Rosso berkata; jentera STR5 Sebastian Beumi akan dibaik pulih sebelum sesi latihan bebas 3 esok.

Sesi Latihan Bebas 1


Jenson Button mengungguli sesi latihan bebas 1 dengan catatan masa 1minit 26.677 saat; diikuti rapat oleh pelumba Mercedes Nico Rosberg. Hamilton mencatat masa ketiga terpantas dan Schumacher pula di tempat ke-4 dengan catatan masa 1minit 37.509saat. Kedua- dua pelumba Red Bull Racing  berada ditempat ke-5 dan ke-8. Kedua dua pelumba Ferrari pula kelihatan agak tidak menonjol ketika sesi latihan bebas 1 ini; Alonso mengalami kerosakan engine dan gagal meneruskan sesi latihan bebas 1. Pemandu uji Force India Paul  Di Resta sekali lagi diberi peluang untuk masuk ke litar pada sesi latihan bebas 1.  Ferrari secara rasmi menguji buat pertama kalinya sistem F-duct mereka; Bagaimanapun, Alonso berkata mereka sekadar menguji kesan aerodinamik engine cover yang mempunyai saluran udara F-duct tetapi sistem F-duct itu sendiri tidak diaktifkan.

I had nothing inside the cockpit because the system is not complete. We tested the engine cover to compare it with the standard one. I didn’t notice anything. I guess there will some new numbers from an aero point of view - Fernando Alonso

Sesi Latihan Bebas 2


Sesi latihan bebas ke-2 masih lagi didominasi oleh McLaren. Kali ini menerusi Hamilton dengan catatan masa 1minit 35.217 saat. Disusuli Nico Rosberg ditempat ke-2 dan Button ke-3. Schumacher sekali lagi terus dibayangi Rosberg dengan catatan masa 1minit 35.602saat. McLaren dan Mercedes dilihat begitu dominan sepanjang sesi latihan bebas 1 & 2. Ferrari pula dilihat lebih menumpukan kepada ujian sistem F-duct mereka

Sistem F-duct Ferrari

Tidak Seperti sistem F-duct McLaren; lohong udara yang menyalurkan udara terus ke sayap belakang di letakkan secara terus pada shark fin jentera F10; dan sistem f-duct Ferrari ini tidak memerlukan interaksi dari pelumba untuk membuka dan menutup lohong udara. Tidak seperti sistem F-duct McLaren dan Sauber yang memerlukan pelumba menekan button setiap kali mahu mengaktifkan F-duct sistem. Ferrari menggunakan design sedemikian kerana pada Homologation sudah terang menetapkan bahawa setiap pasukan TIDAK dibenarkan mengubah chassis sebaik saja musim perlumbaan bermula.

Setakat ini tiada berita mengenai F-duct sistem pasukan Mercedes; tetapi Ross Brawn ada mengesahkan mereka telah melengkapkan jentera W01 schumacher dengan sistem F-duct pada sesi memanas enjin di sebelah pagi. Tetapi tidak menggunakan sistem f-duct pada sesi latihan bebas 1&2 pada sebelah petang tadi.

China F1 fans better back and watch the racing at the track otherwise this is gonna be last F1 visit to China

Alonso who? LOL

Nantikan keputusan sesi kelayakan masa esok.

PaddockBox

No comments: