Saturday, July 24, 2010

GP German : Sesi kelayakan masa


Biarpun diberi tentangan sengit pelumba Ferrari pada Q3, Vettel sekali lagi berjaya menduduki pole position kali ini di litar Hockenheim untuk GP German. Vettel melakukan catatan masa 1minit 13.791saat untuk menduduki petak pertama di grid manakala Alonso mencatat masa 1minit 13.793saat untuk petak ke-2. Felipe Massa melengkapkan hari cemerlang buat Ferrari dalam sesi kelayakan masa dengan catatan 1minit 14.290saat untuk petak ke-3 dihadapan seorang lagi pelumba Red Bull, Mark Webber yang mengalami masalah di penghujung sesi namun berjaya berada di petak ke-4. Button berjaya mengatasi Hamilton untuk petak ke-5. Kubica, Barrichello, Rosberg dan Hulkenberg melengkap senarai pelumba di kedudukan 10 petak hadapan grid.

Sesi Q1 terhenti seketika ketika berbaki 14minit ekoran dari kemalangan yang menimpa pemandu Force India, Luizi yang terbabas di selekoh akhir menuju ke Pit straight dan sekaligus menjahanamkan jentera lumbanya dan Luizi terkeluar di Q1 bersama 6 pelumba dari pasukan baru.

Jentera VJM03 yang dipandu Luizi mengalami kerosakan agak serius

Micheal Schumacher yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang sesi latihan bebas  bagaimanpun terkeluar di Q2 setelah diberi tentang hebat dari 2 pelumba Williams untuk perebutan ke Q3; dan Rosberg berjaya memintas Hulkenberg dan pada saat akhir Hulkenberg berjaya menyingkirkan Schumacher untuk ke Q3.

Schumacher sekali lagi tersingkir di Q2

3 pelumba dikenakan penalti 5 petak di grid untuk perlumbaan esok apabila mereka memilih untuk menukar gearbox pada jentera lumba masing-masing. 3 pelumba berkenaan ialah Timo Glock dan Lucas Di Grasi dari Virgin Racing dan juga Adrian Sutil dari Force India.


Keputusan sesi kelayakan masa terbaik buat Ferrari apabila 2 pelumba mereka berjaya memisahkan 2 pelumba Red Bull. Sebastian Vettel semalam berkata beliau agak gusar dengan kepantasan jentera F10 Ferrari di Hockenheim ini berbanding dengan McLaren.

Catatan masa rasmi sesi kelayakan masa GP German

Kedudukan Grid untuk perlumbaan GP German

Massa, Vettel & Alonso

Perlumbaan esok pasti sengit dengan Ferrari dilihat mahu membuang badi nasib malang di 2 perlumbaan lepas; manakala Vettel pasti menghadapi saat sukar untuk mempertahankan posisi beliau pada selekoh pertama apabila perlumbaan dimulakan esok, selain 2 pelumba Ferrari beliau juga bakal diberi tentangan hebat dari Webber yang berada di petak ke-4; Webber gagal memintas 2 pelumba Ferrari apabila beliau terbabas sedikit di selekoh pertama ketika melakukan hot lap di saat akhir sesi Q3.

Aku akan post URL live streaming website untuk perlumbaan GP German esok sebelum perlumbaan bermula.

PaddockBox

2 comments:

pilotHans said...

great P2 and P3 by the ferrari's..Looking forward for a good race tomorrow

PaddockBox said...

hopefully the prancing horses can outrun the raging Bulls on raceday; but McLaren duo seems very confident about their race pace rather than their qualifying run