Wednesday, July 7, 2010

GP British : Preview


Pusingan ke-10 dalam kalendar F1 2010  akan berlangsung di litar Silverstone. Litar Silverstone telah menjadi satu litar tetap dalam kalendar F1 GP British sejak 1987 dan sejarah perlumbaan di litar ini bermula pada 1947 antara penduduk tempatan bernama Maurice Geoghegan  bersama 11 lagi rakan beliau.

Pertikaian antara British Racing Driver Club (BRDC) yang juga merupakan pemilik Litar Silverstone dengan FIA hampir menyebabkan Litar Silverstone terkeluar dari kalendar F1 pada 2005 tetapi satu perjanjian pada saat akhir telah menyelamatkan litar Silverstone hingga 2009.

Pada penghujung 2009, sekali lagi Litar Silverstone dilihat bakal di keluarkan dari kalendar F1 2010 disebabkan F1 Supremo Bernie Ecclestone enggan berurusan dengan BRDC dan bertegas mahu satu promoter rasmi dilantik jika mahu melihat Litar Silverstone kekal dalam kalendar F1 2010; jika tidak GP British akan berpindah ke litar Donington Park. 

Apabila pengurusan Litar Donington Park gagal mendapatkan peruntukan sebanyak $135 juta Pound Sterling bagi kos baik pulih dan naik taraf litar; Bernie kembali membuka rundingan bersama pengurusan Litar Silverstone. Pada December 2009, Damon Hill selaku Presiden BRDC mengumumkan Litar Silverstone berjaya memperoleh hak penganjuran GP British selama 17 tahun dan $5 juta Pound Sterling di peruntukan untuk kerja-kerja menaik taraf Litar Silverstone yang melibatkan kerja-kerja ubahsuai layout litar.

Beberapa pasukan hadir ke Silverstone dengan membawa bersama beberapa upgrade untuk jentera masing-masing. McLaren bakal melakukan major upgrade pada jentera MP4-25 antara yang disebut-sebut ialah blown diffuser. Williams mengesahkan mereka akan mengunakan blown diffuser di Silverstone dan Lotus Racing akan melakukan major upgrade mereka yang terakhir untuk musim 2010 dan selepas ini Lotus Racing akan menumpukan kepada pembangunan jentera untuk musim 2011.

Kubica telah melanjutkan kontrak bersama Pasukan Renault sehingga penghujung musim 2012 dan prestasi pemandu Poland ini sentiasa menarik perhatian pasukan lain sejak awal musim 2010 ini.

Our clear goal is to become title contenders over the next two years. To do so, we need a driver of Robert's calibre: somebody who is fast, totally committed and doesn't make mistakes. His performances during the first half of the 2010 season were flawless, and we hope to achieve great things together in the future.- Eric Boullier [ Team Principal pasukan Renault] 

Kini kalender F1 2010 memasuki pertengahan musim dan beberapa pasukan utama telah mengesahkan kedudukan pelumba masing-masing untuk musim 2011. Kedua-dua pelumba McLaren mengungguli kedudukan pungutan mata kategori pemandu dengan Hamilton berada di tempat pertama dengan 127 mata di ikuti Button 121 mata dan pelumba Red Bull Racing berada di kedudukan ke-3 dan ke-4. Walaupun agak jauh ketinggalan dari kedudukan pungutan mata, Fernando Alonso menegaskan beliau masih berupaya menggugat kedudukan Hamilton dan pasukan McLaren

Sesi latihan bebas 1 dan 2 akan berlangsung pada hari Jumaat. Juara 1992, Nigel Mansell telah dipilih untuk menyertai panel stewards perlumbaan untuk GP British.

* Pemandangan Paddock di Silverstone

* Pasukan Williams menjadi tetamu rancangan Top Gear

* Barrichello VS Stig?

Photo Credit: *

PaddockBox