Saturday, July 31, 2010

GP Hungary : Sesi Kelayakan Masa

Red Bull domination pada sesi kelayakan masa

Red Bull menepati ramalan untuk sekali lagi menguasai sesi kelayakan masa. Vettel sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan masa untuk pole position dengan catatan 1minit 18.773saat. Webber petak ke-2 dengan catatan masa 1minit 19.184saat. Ferrari pula menguasai baris ke-2 pada grid dengan Alonso di petak ke-3 dan Massa ke-4. Hamilton, Rosberg, Petrov, Kubica, De La Rosa dan Hulkenberg melengkap senarai 10 pelumba yang berjaya ke kedudukan top 10 di grid.

 Vettel pole position di GP Hungary

Jenson Button terkeluar di Q2 dan beliau mengadu mengenai kurangnya cengkaman dilitar hingga menjejaskan sesi kelayakan beliau , begitu juga Schumacher yang sekali lagi mempamerkan aksi hambar dengan hanya berjaya menduduki petak ke-14 di grid perlumbaan esok.

Kobayashi menjadi mangsa dikalangan pelumba kelompok pertengahan yang terkeluar di Q1 bersama 6 lagi pelumba dari pasukan baru. Timo Glock menceriakan sedikit pasukan Virgin apabila berada dihadapan kedua-dua pelumba Lotus untuk perlumbaan esok.

 Catatan masa rasmi sesi kelayakan masa GP Hungary

Kedudukan grid untuk GP Hungary 2010

Alonso, Vettel & Webber

Vettel hanya memenangi satu perlumbaan dari kedudukan pole position iaitu di GP Europe; GP Hungary ini adalah pole position ke-4 berturut turut Vettel  sejak GP Europe dan ke-7 untuk musim 2010. Rivalry antara Vettel dan Webber mungkin akan memuncak kembali di Hungaroring dan mereka juga perlu berwaspada dengan kebangkitan Ferrari dan juga walaupun agak hambar di sesi kelayakan masa; McLaren adalah pasukan yang mempunyai race pace yang konsisten setakat ini.

Perlumbaan GP Hungary akan bermula pada pukul 8 malam waktu malaysia; hari Ahad 1 August; selepas GP Hungary F1 akan berehat seketika selama 3 minggu sebelum ke Belgium pada 29 August.

PaddockBox

No comments: