Sunday, August 1, 2010

5 pelumba dikenakan tindakan oleh Stewards Perlumbaan GP Hungary


Selepas sesi kelayakan semalam, 5 pelumba dikenakan tindakan oleh Stewards perlumbaan GP Hungary kerana melanggar beberapa peraturan. 

4 pelumba dikenakan amaran keras kerana memandu terlalu perlahan ketika menuju ke pit selepas melakukan hot lap. Vitaly Petrov, Sakon Yamamoto, Timo Glock dan Lucas di Grassi telah diberi amaran ekoran dari tidak mematuhi peraturan yang menyatakan semua pelumba mesti berada dalam kelajuan di bawah catatan masa maximum antara garis safety car yang terletak di laluan keluar pit dan juga di laluan masuk ke pit . Peraturan berkenaan di kuatkuasakan awal musim ini bagi mengelakkan pelumba memandu terlalu perlahan hingga mengganggu pelumba lain yang sedang melakukan hot lap

Sementara itu pelumba Sauber, Kamui Kobayashi telah dikenakan penalty 5 petak di grid GP Hungary disebabkan kegagalan pelumba Jepun itu gagal masuk ke garaj FIA ketika sesi kelayakan masa berlangsung untuk pemeriksaan, sebaliknya Kobayshi terus memandu ke garaj pasukan Sauber

I obviously went past a red light in the pit lane and missed going to the FIA scales. I just didn't see it - Kamui Kobayashi

PaddockBox

No comments: