Sunday, August 1, 2010

Hungaroring 2010 : Selepas chequered flag


Stewards perlumbaan GP Hungary telah mengenakan penalti 10 petak di grid untuk Schumacher pada perlumbaan di Belgium pada hujung August nanti. Stewards perlumbaan sepakat berpendapat bahawa tindakan Schumacher menghimpit Barrichello hingga hampir mencecah pit wall sebagai sangat merbahaya dan tidak sah.

I think it has been one of the most beautiful manoeuvres I've done and one of the most horrendous from him. At the end of the day we don't need that. To stop for three years and then come back and do something like that, we don't need it. - Rubens Barrichello

This is F1, I think I left him too much room because he passed - Michael Schumacher

Michael got a 10 place grid penalty. Have to say for me should have been a one race ban - Mike Gascoyne


Pasukan Renault dan Mercedes pula didenda $50,000 akibat dari kekecohan yang mereka lakukan semasa pit stop. Renault didenda kerana melepaskan Kubica ketika Sutil dilihat memasuki kawasan pit stop Force India. Tindakan mekanik Renault itu menyebabkan Sutil di langgar oleh Kubica dan sekaligus menamatkan perlumbaan Sutil lebih awal.

Mercedes GP juga dikenakan denda yang sama seperti Renault. Stewards perlumbaan berpendapat tindakan mekanik melepaskan Rosberg tanpa memastikan jentera W01 selamat untuk memasuki semula litar adalah sebagai cuai. Tayar belakang jentera Rosberg tertanggal ketika hendak keluar dari kawasan pit. Tayar yang tertanggal dari jentera kemudian merempuh mekanik Williams Nigel Hope hingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan kecil; Hope dibawa ke pusat rawatan di litar sebaik insiden berkenaan dan beliau kembali ke garaj williams untuk melakukan kerja di pit stop kedua Williams

Tayar yang tertanggal dari jentera Mercedes ini telah merempuh dan mencederakan Mekanik pasukan Williams Nigel Hope

Vettel pula menyifatkan perlumbaan GP Hungary ini adalah perlumbaan yang mudah untuk beliau menangi jika tidak kerana penalti drive thru yang beliau hadapi akibat dari kesilapan semasa mengekori safety car

I didn't understand what was going on and why I was penalised, It was a question mark for me, I didn't understand until someone told me why after the race. It's pretty unlucky, because it would have been a walk in the park without that. Still, we saved a podium.  - Sebastian Vettel

PaddockBox

2 comments:

Hasrol Nizam said...

perghh..mcm best je hari ni nye race..rugi gile tak tgk.. :D

Tak mahu semua, jangan buang semua

PaddockBox said...

race agak sederhana aje jika tidak kerana kekecohan di pit stop dan juga pertarungan antara Barrichello dan Schumacher di penghujung race.