Wednesday, August 11, 2010

Adakah hajat pasukan ke-13 untuk memasuki F1 akan kesampaian?


Keputusan mengenai kemungkinan kemasukan pasukan ke-13 ke dalam F1 pada 2011 kini hanya menanti harinya untuk diumumkan. Bagaimanapun menjelang pengumuman yang dijangka lewat August ini, telah timbul beberapa laporan yang menyatakan kemungkinan slot grid ke-13 itu akan dibiarkan kosong. F1 Supremo, Bernie Ecclestone dilaporkan mahu jika ada pasukan yang dipilih untuk mengisi slot ke-13 itu, maka pasukan berkenaan mestilah membayar sebanyak 16 juta Pound Sterling sebagai deposit; bagaimanapun jika pasukan yang dipilih itu memilih untuk mengambil alih pasukan sedia ada, maka mereka tidak perlu membayar wang deposit terbabit.

Langkah lebih tegas dari Bernie ini adalah susulan kegagalan USF1 awal musim ini dan juga prestasi beberapa pasukan baru sedia ada yang menurut Bernie amat mengecewakan. 3 calon yang menjadi tumpuan untuk mengisi slot ke-13 kini ialah Villeneuve Racing/Durango, Epsilon Euskadi dan Stefan GP.


Pemilik Epsilon Euskadi yang juga pernah bersama Tyrrell, McLaren, Ferrari, Benetton dan Prost;  Joan Villadelprat berkata, beliau tiada masalah dari segi kewangan untuk memasuki F1 walaupun beliau sendiri belum berpuas hati dengan jumlah yang disediakan pengurusan Epsilon Euskadi untuk projek F1 beliau. Joan Villadelprat juga merupakan pemilik pasukan Le Mans prototype.

From the economic point of view we have an interesting budget but not yet what I would want to have for the Formula One programme. Before investing a lot of money, our possible partners want to be sure that we have been chosen by the FIA, but this situation will end in August - Joan Villadelprat

Sementara itu, Jacques Villeneuve meluahkan rasa bengang beliau apabila rancangan beliau untuk memasuki semula F1 selaku pemilik bersama pasukan GP2 Durango telah dibocorkan kepada media oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jacques Villeneuve juga enggan mengesahkan mengenai laporan yang mengatakan ketiga - tiga calon untuk slot ke-13 akan dipanggil untuk temuduga oleh FIA di Paris pada hujung minggu ini.

Everything was kept quiet and we were happy with it that way. But someone who is not even part of the project decided to talk about it. That's pretty annoying - Jacques Villeneuve

Bernie Ecclestone bagaiamanapun boleh mengunakan kuasa beliau untuk mem-veto dan sekaligus menghalang kesemua calon dari mengisi slot ke-13 yang dikosongkan oleh USF1 awal tahun ini memandangkan beliau agak kecewa dengan pencapaian beberapa pasukan baru yang sedia ada; Bernie juga 2 minggu lepas mengatakan beliau tidak terkejut jika 2 dari 3 pasukan baru sedia ada tidak akan mampu untuk terus berada dalam F1 musim depan

Team Principal pasukan MercedesGP, Ross Brawn pula mempersoalkan keperluan untuk pasukan baru mengisi slot ke-13 musim depan.

I don’t think it would be a disaster if a 13th team didn’t come in. What we’ve got to do is keep the teams we’ve got, and I’m sure the smaller teams at the back of the grid are going to close the gap next year with their second car. I think we’ll have an interesting grid next year with the teams we already have - Ross Brawn [ Team Principal MercedesGP] 


PaddockBox

No comments: