Musim 2010 kalendar F1 kini telah pun melepasi 12 pusingan dan hanya berbaki 7 pusingan lagi. Spekulasi dan kemungkinan para pemandu bertukar pasukan kini semakin bertiup kencang. Kali ini mari kita lihat senarai pemandu dan pasukan untuk musim 2011. Untuk makluman, senarai yang akan aku buat ni adalah senarai tak rasmi memandang masih lagi terdapat pasukan dan pemandu yang akan hanya memuktamadkan senarai mereka pada akhir tahun 2010 ini. Artikel ini aku akan buat dalam 3 bahagian.
1 - Scuderia Ferrari Santander
Ferrari akan mengekalkan Fernando Alonso dan Felipe Massa untuk sekurang-kurangnya hingga 2012. Pada June lepas, Massa bersetuju melanjut kontrak bersama Ferrari untuk 2 musim lagi sehingga 2012. Kontrak Fernando Alonso juga bakal berakhir pada 2012 tetapi kontrak Alonso bersama Ferrari berkemungkinan dilanjutkan sehingga 2014 berdasarkan option yang terdapat dalam kontrak yang di tandatangani Alonso pada 30 september 2009.
Bagaimanapun selepas Massa terpaksa akur dengan team orders Ferrari semasa GP German di Hockenheim, spekulasi mula timbul mengenai masa depan Massa bersama Ferrari. Team Principal Ferrari, Stefano Domenicali pula dilaporkan berkata bahawa Ferrari tidak bimbang dengan kemungkinan Massa meninggalkan Ferrari ekoran apa yang berlaku di Hockenheim dan menegaskan Ferrari sentiasa menyokong Massa dalam apa jua keadaan.
Felipe's a great driver, he's a great man, for sure he wants to win because it's what we want and we want to see him as part of the team because we are feeling for him. So no one can say Ferrari has done anything to Felipe. We always support him, we feel a lot for him. - Stefano Domenicali [Ferrari Team Principal]
Persaingan antara Massa dan Alonso mula memuncak sejak GP China di Shanghai dan team orders di Hockenheim menambahkan lagi kelodak dalam hubungan Massa dan Alonso.
Tindakan Alonso memintas Massa di laluan masuk ke pit stop semasa GP China menjadi permulaan kepada krisis hubungan antara 2 pemandu Ferrari ini
2 - Red Bull Racing
Red Bull Racing adalah pasukan terawal yang mengesahkan bahawa mereka akan mengekalkan gandingan Sebastian Vettel dan Mark Webber untuk musim 2011. Pada June 2010, Webber bersetuju untuk kekal bersama Red Bull Racing dengan melanjutkan kontraknya bersama Red Bull Racing untuk semusim lagi sehingga 2011 walaupun beliau kerap diselubungi dengan isu pilih kasih yang diamalkan oleh pengurusan Red Bull Racing.
Selepas insiden di GP Turkey yang menyaksikan Vettel dan Webber berlanggar sesama sendiri di penghujung perlumbaan hingga mengakibatkan Red Bull Racing terlepas podium 1-2 kepada McLaren; hampir kesemuanya pengurusan Red Bull Racing menyalahkan Webber sebagai punca perlanggaran tersebut. Webber bagaimanapun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 manakala Vettel terkeluar dari perlumbaan akibat dari perlanggaran tersebut
Kemuncak kepada isu pilih kasih dalam pasukan Red Bull Racing ialah ketika GP Britain di Silverstone. Team principal, Christian Horner bertindak membuat keputusan untuk menggantikan sayap depan RB6 Vettel dengan sayap depan RB6 Webber. Pada GP Britain, Red Bull hanya membawa 2 sayap depan terbaru untuk jentera RB6 mereka. Tindakan menggantikan sayap depan jentera Vettel dengan sayap depan jentera Webber teah menimbulkan rasa kurang senang Webber dan selepas memenangi GP Britain tersebut Webber meluahkan kemarahan beliau melalui komunikasi radio yang didengar oleh semua penonton siaran langsung GP Britain; dan pada sidang media selepas GP Britain, Webber menyatakan rasa kesal sebab dilayan selaku pemandu no.2 dalam Red Bull Racing
I would never have signed a contract for next year if I believed that was the way going forward - Mark Webber
Mark Webber kini mendahului pungutan mata kategori pelumba dengan 161 mata manakala Vettel di tempat ke-3 dengan 151 mata
3 - Vodafone McLaren Mercedes
Tiada perubahan pelumba dalam pasukan McLaren untuk musim 2011. Kontrak Hamilton dan Button bersama McLaren dijangka tamat pada 2012. Hamilton menyertai McLaren pada 2007 dan kontrak beliau telahpun dilanjutkan pada 2008 dan akan tamat pada 2012; Manakala Button yang menyertai McLaren selepas muncul juara bersama pasukan BrawnGP, mengikat kontrak selama 3 tahun bersama McLaren sehingga 2012.
Seperti Ferrari dan Red Bull, persaingan antara pemandu McLaren juga ada masanya menyebabkan Button mahupun Hamilton terasa seolah adanya pilih kasih dalam McLaren. Bermula di GP Australia yang menyaksikan Hamilton meluahkan rasa kurang senang mengenai strategi pit McLaren dan di GP Turkey, dimana kekeliruan timbul mengenai komunikasi radio pasukan McLaren yang menyatakan Button dan Hamilton mesti jimatkan penggunaan minyak dan pesanan kedua mengenai kepastian bahawa Button tidak akan memintas Hamilton sebaliknya Button bertindak memintas Hamilton dan menyaksikan pertarungan sengit kedua pelumba McLaren itu di GP Turkey sehingga memaksa Martin Whitmarsh menenangkan pelumba mereka dan sekali lagi menghantar komunikasi radio supaya mereka tenang dan fokus menamatkan perlumbaan.
Lewis Hamilton mengekori rapat Webber pada pungutan mata kategori pelumba dengan 157 mata. Button pula ditempat ke-4 dibelakang Vettel dengan 147 mata.
*** bersambung pada bahagian ke -2 senarai kemungkinan pemandu dan pasukan untuk musim 2011
PaddockBox
2 comments:
schumacher dh x menjadi dh kan..
Keputusan Undian Kumpulan TM Piala Malaysia 2010
kemungkinan schumacher digugurkan pada akhir musim ni memang ada, tetapi buat masa ni mercedes masih menaruh harapan pada schumacher.
Post a Comment