Nelson Piquet Jr hari ini mengaku bahawa hubungan antara dia dengan Massa masih lagi keruh ekoran dari Skandal Crashgate GP Singapura yang secara langsung menjejaskan usaha Massa untuk muncul Juara Dunia 2008.
Kemalangan yang disengajakan itu telah membantu rakan sepasukan Nelson Piquet Jr ketika itu, Fernando Alonso muncul juara GP Singapura 2008. Massa yang mendahului perlumbaan dari kedudukan pole position menerima padah akibat kesilapan semasa pit stop yang dilakukan ketika Safety Car keluar bagi membolehkan jentera Renault R28 yang jahanam dialih dari litar
after Singapore 2008 Massa was offended by me, and to this day he thinks he lost the 2008 world championship only because of me. Massa is still completely insulted, I've never spoken with him since - Nelson Piquet Jr
Akibat dari skandal crashgate pada 2008, Massa terlepas peluang untuk memungut mata maksima dan di penghujung musim 2008, Hamilton berjaya mengatasi Massa untuk kejuaraan Dunia 2008 dengan hanya perbezaan 1 mata.
Selepas menerima aib akibat skandal Crashgate GP Singapura 2008, Nelson Piquet Jr kini berlumba dalam NASCAR truck Series.
PaddockBox
No comments:
Post a Comment