Saturday, August 14, 2010

Ujian tayar F1 Pirelli akan bermula Isnin ini


Laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Pirelli akan memulakan sesi ujian tayar F1 mereka bermula pada Isnin ini di Litar Mugello selama 3 hari hingga Rabu, 18 August. Selepas Mugello, ujian seterusnya akan dilakukan di litar Monza, Le Castellet  sebelum kembali semula ke litar Mugello; sesi ujian dijangka berakhir di Litar Dario AS sebelum satu sesi yang melibat kesemua Pasukan F1 dilakukan sebelum akhir musim 2010 ini.

Nick Heidfeld dilaporkan telah menamatkan kontraknya selaku pemandu simpanan pasukan MercedesGP agar sesi ujian tayar F1 yang bakal dijalankan tidak memberi kelebihan kepada MercedesGP. Jentera Toyota TF109 juga telah disahkan akan digunakan di sepanjang jadual sesi ujian tayar Pirelli. Sebelum ini ujian tayar F1 Pirelli hanya dilakukan pada perlumbaan GP2 dan ini merupakan kali pertama jentera F1 digunakan.


PaddockBox

No comments: