Friday, August 13, 2010

MercedesGP mungkin kehilangan Heidfeld


MercedesGP mungkin terpaksa mencari pengganti Nick Heidfeld sebagai pemandu simpanan berikutan Heidfeld bakal terbabit selaku penguji tayar Pirelli secara tetap bermula Ogos ini. MercedesGP telah diminta agar melepaskan Heidfeld kepada Pirelli agar beliau dapat melakukan tugasan beliau selaku penguji tetap tayar Pirelli tanpa ada memberi kelebihan kepada pasukan MercedesGP

Pirelli dijangka akan melakukan 6 sesi ujian tayar F1 nya pada pertengahan Ogos ini di litar Mugello dengan menggunakan jentera Toyota TF109. Kesemua pasukan akan berpeluang menguji tayar F1 Pirelli sebelum tamat perlumbaan musim 2010 di Abu Dhabi dan untuk sesi ujian membabitkan kesemua pasukan di hujung musim ini, Pirelli dijangka akan membekalkan setiap pasukan 4 set tayar berlainan komposisi yang bertujuan untuk melihat sejauh mana daya tahan dan konsisten tayar buatan Pirelli.


Pirelli merupakan pengganti kepada Bridgestone untuk membekalkan tayar kepada perlumbaan F1 selama 3 musim bermula musim 2011. Nick Heidfeld dan Kimi Raikonnen adalah pemandu pilihan Pirelli sebagai pemandu uji; dipercayai Raikonnen menolak tawaran Pirelli dan kini Heidfeld calon tunggal yang layak


PaddockBox

No comments: