Saturday, August 7, 2010

Senarai kemungkinan pemandu dan pasukan untuk musim 2011 [Bahagian 2]

4 - Mercedes GP Petronas F1 Team  


Dijangka tiada perubahan pemandu dalam pasukan Mercedes untuk musim 2011. Selepas mengharungi 12 perlumbaan, prestasi Micheal Schumacher setakat ini kurang memberansangkan dan prestasi yang tidak menentu beliau menyebabkan beberapa pihak terus mengkritik tindakan Schumacher kembali berlumba secara kompetatif di kancah F1. Prestasi hambar Schumacher terus dibayangi dengan peningkatan prestasi pelumba muda German Nico Rosberg.

Rosberg setakat ini berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan podium sebanyak 2 kali iaitu tempat ke-3 di GP Sepang dan GP Shanghai dan kini berada di kedudukan ke-7 dalam pungutan mata kategori pemandu dengan 94 mata. Micheal Schumacher sekadar dikedudukan ke-9 dengan 38 mata. Pada sidang media semasa GP German Schumacher menyatakan bahawa fokus beliau kini adalah untuk musim 2011. Manakala Norbert Haug pula menegaskan bahawa Mercedes tidak berhasrat untuk mencari pengganti Schumacher

To be out three years and start where I finished in a car that doesn't allow me to do it, is unrealistic. I will take my time. I enjoy most of it, this process. There are ups and downs and that is part of motor sport. I am very confident I can achieve it, which is what I am focusing for - Micheal Schumacher

Definitely not. As soon as we have a winning car then he will look for victories, just like Nico Rosberg will. - Norbert Haug [Mercedes competition director] 

5 - Renault F1 Team   


Kedudukan Robert Kubica selaku pemandu Renault telah pun dilanjut sehingga 2012 apabila pelumba Poland itu melanjutkan kontrak beliau bersama Renault pada bulan Julai lepas. Dengan prestasi cemerlang Kubica di Renault beliau telah dikaitkan dengan kemungkinan beralih ke Red Bull, Ferrari mahupun MercedesGP. Kubica kekal komited bersama Renault kerana beliau yakin Renault mampu memenuhi impian beliau untuk muncul Juara Dunia.

Bagaimanapun, prestasi tak menentu Vitaly Petrov menyebabkan peluang untuk pelumba Rusia itu kekal bersama Renault kini semakin tak menentu. Keputusan tempat ke-5 pada GP Hungary sedikit sebanyak mampu meyakinkan semula pengurusan Renault agar mengekalkan beliau untuk terus bergandingan bersama Kubica. Beberapa pelumba kini disebut-sebut bakal menggantikan Petrov antaranya Heidfeld, Buemi, Raikonnen, Sutil dan Kobayashi.

If Vitaly Petrov can repeat his Hungarian Grand Prix performance at the coming races he will secure his place at Renault - Eric Boullie [Renault Team Principal]

6 - Force India F1 Team


Dengan pengakuan Adrian Sutil bahawa kedudukan beliau bersama Force India masih lagi tak menentu untuk musim 2011 dan menyatakan hasrat untuk beralih ke pasukan lain; kini hampir pasti Force India akan dibarisi pelumba baru untuk musim 2011. Tonio Luizzi yang setakat ini mempamerkan aksi tak menentu bakal digantikan dengan pelumba simpanan Force India, Paul Di Resta. Di Resta terus diberi peluang untuk keluar pada setiap latihan bebas 1 menggantikan Tonio Luizzi.

Jika Sutil memilih untuk beralih ke Renault pada 2011; Tonio Luizzi berkemungkinan akan kekal dan digandingkan bersama Paul di Resta pada tahun depan. Setakat ini yang pasti Paul Di Resta dilihat hanya selangkah lagi untuk menjadi salah seorang pemandu utama Force India. Masa depan Sutil dan Tonio Luizzi bersama Force India masih menjadi tanda tanya.

It's a tough decision to make right now. If you are signing up for something like three years and you're not confident the team is better, then you shouldn't do it - Adrian Sutil [Force India]

7 - AT&T Williams  


 Toto Wolff yang merupakan pemilik bersama pasukan Williams telah menegaskan beliau mahu gandingan Rubens Barrichello dan Nico Hulkenberg dikekalkan untuk musim 2011. Beberapa lagi individu dalam pengurusan Williams menyatakan bahawa kontrak Barrichello mungkin akan diperbaharui dalam masa terdekat. 

Barrichello kini berjaya mengumpul 30 mata manakala Hulkenberg sekadar 10 mata. Barrichello pula berharap pihak Williams boleh memuktamadkan kedudukan beliau selaku pemandu Williams untuk musim 2011 dalam tempoh terdekat sewaktu F1 berehat selama 3 minggu selepas GP Hungary.

Obviously I haven't signed any contracts just yet. I am not talking to anybody else. As I said, I think Williams would be doing the wrong thing if they were thinking of something else because they already put into the programme of next year, so it would be a waste not to be driving. - Rubens Barrichello

8 - Sauber


Seorang pelumba baru hampir pasti akan menyertai Sauber untuk bergandingan bersama Kamui Kobayashi pada musim 2011. Walaupun Kobayashi adalah antara nama yang disebut berada dalam senarai pelumba yang bakal menggantikan Petrov di Renault, aku yakin Peter Sauber akan mengekalkan Kobayashi untuk digandingkan dengan muka baru yang bakal menggantikan Pedro De La Rosa. 

2 pelumba muda GP2 kini berada dalam senarai pelumba yang bakal menggantikan Pedro De La Rosa. Pelumba muda Itali Luca Filippi, dan juga pendahulu GP2 Pastor Maldonado dari Venezuela kini berharap dapat menyertai Sauber untuk musim 2011. Pengurus Maldonado,  Nicolas Todt pula berharap beliau mampu untuk memuktamadkan kedudukan Maldonado dalam F1 secepat mungkin. Selain Filippi dan Maldonado, seorang lagi pelumba muda dari Mexico, Esteban Gutierrez kini berada dalam program pembangunan pelumba Sauber. Esteban yang berusia 18 tahun kini berlumba dalam Series GP3

***bersambung di bahagian 3 - Senarai kemungkinan pemandu dan pasukan untuk musim 2011

PaddockBox

No comments: