Tuesday, August 17, 2010

Perkembangan pemandu MercedesGP


Pasukan MercedesGP telah mengesahkan bahawa mereka sudah menamatkan kontrak Nick Heidfeld bagi membolehkan pelumba yang lebih dikenali dengan gelaran Quick Nick itu menyertai Pirelli sebagai pemandu uji tayar F1 Pirelli yang bermula hari ni. Ross Brawn mengesahkan bahawa pasukan Mercedes telah melepaskan Heidfeld dari kontrak sebagai pemandu uji dan pemandu simpanan MercedesGP.

We can confirm that the team is pleased to allow Nick Heidfeld the opportunity to join Pirelli and contribute to their development work for the company's imminent return to Formula One - Ross Brawn [MercedesGP PETRONAS team principal]

Walaupun belum berpeluang berlumba bersama MercedesGP Petronas; Heidfeld menyatakan rasa terima kasih beliau kepada bekas pasukannya itu kerana memberi peluang kepada beliau untuk menyertai pasukan MercedesGP.

Jurucakap Pirelli hari berkata bahawa sesi ujian hari ini di Mugello hanya melibatkan beberapa pusingan installation bagi mendapatkan data awal litar Mugello dengan menggunakan jentera Toyota TF109. Jentera TF109 adalah jentera yang disarankan oleh FOTA berdasarkan status TOYOTA yang kini tidak lagi berada dalam F1

First of all I would like to thank Ross Brawn, Norbert Haug and Nick Fry for allowing me the opportunity to become Pirelli's official test driver. The team has always said that they would not stand in my way if such a chance arose and they have kindly allowed me to take up this exciting new role - Nick Heidfeld

We're delighted to welcome Nick into the Pirelli family and we're confident that he'll do a great job for us. The role of test driver is crucial so we were looking for a driver who had plenty of recent F1 experience, the speed to push our new tyres as hard as possible and the consistency to provide reliable simulations as well as the analytical skills to relay information accurately to our engineers. Nick fits the bill in every respect  - Paul Hembery [Pirelli's Motorsport Director]

Dalam perkembangan lain, Micheal Schumacher berkata MercedesGP Petronas bakal menjadi pesaing dalam merebut kejuaran F1 musim 2011. Beberapa hari lepas Schumacher menyifatkan kegagalan beliau mempamerkan prestasi sebenar selaku Juara Dunia 7 kali adalah disebabkan Jentera W01 yang beliau sifatkan tidak kompetatif disebabkan tiada harmony antara jentera dan tayar serta pemandu.

 The fact is that I feel comfortable in the situation and I believe that we are moving in the right direction to ensure that next year we will be real contenders - Micheal Schumacher

Sementara itu, Nico Rosberg pula buat pertama kalinya menyertai pertandingan Triathlon di Kitzbuhel, Austria pada Ahad lepas. Rosberg menamatkan perlumbaan berkenaan di tempat ke 44 keseluruhan dan tempat ke 13 bagi kategori Class bawah 29 tahun.  Dalam Triathlon berkenaan Rosberg telah berenang sejauh 1.5km,  berbasikal sejauh 40km dan akhir sekali  berlari sejauh 10km. Rosberg menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam 7minit 23 saat.

 I'm really happy with my first time although in the crowd at the start I was pushed under water, and I totally suffered at the end during the run. Triathlon is my new passion. - Nico Rosberg

Pada hari Khamis dan Jumaat ini, Rosberg akan terlibat dalam sesi uji pandu World Championship Karts yang menggunakan Clutch. Beberapa pelumba F1 lain juga akan turut sama dalam sesi berkenaan antaranya ialah Micheal Schumacher, Fernando Alonso dan Jeimi Alguersuari. Sesi ujian berkenaan akan dilakukan di litar Lonato berhampiran Brescia di Utara Itali.

PaddockBox

No comments: