Sunday, August 1, 2010

GP Hungary : Raceday


Kemenangan ke-4 buat Webber dan sekali gus memintas Hamilton dalam kedudukan pungutan mata kategori pemandu. Red Bull juga memintas McLaren dalam pengutan mata kategri pengeluar. Hasrat Vettel untuk memenangi GP Hungry ini lenyap apabila beliau dikenakan penalty drive thru akibat dari kesalahan berada dalam kedudukan melebihi jarak 10 jentera di belakang safety car. Alonso yang berjaya memisahkan pelumba Red Bull di awal perlumbaan berada dalam kedudukan ke-2 hampir disepanjang perlumbaan dan tidak mampu untuk mengejar Webber sebaliknya beliau menerima tekanan dari Vettel di akhir perlumbaan yang ternyata kecewa dengan penalti drive thru yang dikenakan terhadap beliau

Vettel memberikan Alonso tekanan di akhir perlumbaan

Memasuki lap 15, beberapa pelumba kelompok depan mula memasuki pit apabila safety car keluar ekoran dari terdapat serpihan yang bertaburan di litar. Suasana pit stop mula huru hara apabila Kubica melanggar Sutil dan Tayar belakang Rosberg tertanggal dari jentera beliau dan tayar berkenaan nyaris merempuh mekanik Sauber yang ketika itu bersiap untuk Kobayashi. Kubica dikenakan penalti stop-go 10 saat namun beberapa lap kemudian pemandu Poland itu terkeluar dari perlumbaan.

Kubica dan Sutil berlanggar di kawasan pit

Tayar belakang Rosberg tertanggal akibat dari nut yang longgar

Hamilton terkeluar dari perlumbaan akibat dari masalah gearbox; tetapi sebelum perlumbaan bermula ketika memandu ke grid, Hamilton memberitahu race engineer beliau mengenai masalah break hingga memaksa mekanik McLaren melakukan baik pulih di grid beberapa minit sebelum perlumbaan bermula.

Hamilton terkeluar di lap 24 berpunca dari masalah gearbox

Beberapa lap menuju ke penamat perlumbaan, pertarungan antara Barrichello dan Schumacher menjadi tumpuan. Barrichello yang memanfaatkan safety car period dengan tidak memasuki pit berada di kedudukan ke-5 sebelum memasuki pit pada penghujung perlumbaan. Ketika cuba memintas Schumacher beberapa  lap kemudian, pemandu Brazil itu telah di himpit hingga hampir ke tembok pit wall. Schumacher kini menghadapi siasatan stewards perlumbaan ekoran dari tindakan merbahaya beliau ke atas Barrichello. Barrichello berjaya memintas Schumacher untuk mengutip satu mata.

Schumacher melakukan tindakan menghalang yang merbahaya ke atas Barrichello

5 pelumba gagal menamatkan perlumbaan GP Hungary. Hamilton, Rosberg, Kubica, Sutil dan Alguersuari. Button satu-satunya pelumba McLaren yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-8. De La Rosa dan Kobayashi menceriakan pasukan Sauber yang meraikan perlumbaan ke-300 mereka dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 dan ke-9. Petrov yang menghadapi tekanan dari pengurusan Renault supaya menunjukkan prestasi cemerlang atau menghadapi kemungkinan di singkirkan dari Renault berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-5. Massa pula selesa dengan tempat ke-4 dan beliau ternyata gagal memberikan tekanan pada pelumba Red Bull.

Keputusan Rasmi GP Hungary

Kemenangan ke-4 Webber setakat ini.

 Alonso, Webber & Vettel

kedudukan pungutan mata kategori pemandu selepas GP Hungary

kedudukan pungutan mata kategori pengeluar selepas GP Hungary

F1 akan berehat selama 3 minggu sebelum disambung semula pada 29 August di litar  Spa-Francorchamps Belgium.

PaddockBox

No comments: