Saturday, July 10, 2010

GP British : Sesi latihan bebas 3

 Vettel terpantas di sesi latihan bebas 3

Red Bull Racing menguasai sesi latihan bebas 3. Vettel mencatatkan masa terpantas walaupun pada percubaan terakhir di penghujung sesi sayap depan jentera RB6 yang dipandu secara tiba-tiba longgar dan jejak ke litar ketika beliau melalui selekoh laju Abbey; bagaimanapun vettel berjaya mengawal jenteranya dan terus memasuki pit.

Webber mencatat masa ke-2 terpantas diikuti Alonso yang memandu Ferrari di tempat ke-3.

Pasukan McLaren yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan blown diffuser untuk GP British ini sekadar mencatat masa ke-7 terpantas untuk Hamilton dan Button pula mencatat masa ke-12 terpantas. Keputusan untuk tidak menggunakan blown diffuser sepanjang GP British ini di ambil berikutan kedua-dua pelumba mereka mengalami masalah untuk mengemudi MP4-25 sepanjang sesi latihan bebas 1 dan 2 pada hari Jumaat.

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 3

Sesi kelayakan masa akan berlangsung dalam pukul 8 waktu malaysia. Aku akan cuba letakkan url wbesite untuk streaming sesi kelayakan masa nanti.

PaddockBox