Friday, July 9, 2010

GP British : Sesi Latihan Bebas 1

Vettel terpantas pada sesi latihan bebas 1 GP British

Sesi latihan bebas 1 untuk GP British di Silverstone baru sahaja tamat. Pelumba Red Bull, Vettel terpantas dengan catatan 1 minit 32.280saat dan diikuti Hamilton di tempat ke-2 dan Kubica ke-3. Pada sesi latihan bebas 1 ini semua pasukan lebih menumpukan kepada mencari setup yang sesuai disamping melakukan ujian terhadap komponen-komponen baru yang dibawa.

Beberapa pelumba termasuk hamilton dan Schumacher dilihat masih dalam proses menyesuaikan diri di section baru litar silverstone. Para pelumba dilaporkan mahu pihak pengurusan litar silverstone melakukan ubahsuai pada kerb yang dilihat terlalu tinggi dan merbahaya pada selekoh laju. Selain masalah kerbing yang terlalu tinggi masalah litar tidak rata juga telah menyebabkan gangguan pada kelajuan jentera dan sekaligus merosakkan catatan masa pelumba.

Kerb yang tinggi amat merisaukan para pelumba

Pelumba simpanan Lotus Racing Fairuz Fauzy dan Force India  Paul di Resta diberi peluang untuk melakukan catatan masa pada sesi latihan bebas 1 ini; bagaimanapun, Fairuz Fauzy dibelenggu dengan masalah masalah berkaitan enjin dan hanya sempat melakukan 11 pusingan

Masalah enjin menghadkan aksi Fairuz sebanyak 11 pusingan sahaja

Bruno Senna telah diketepikan untuk perlumbaan di Silverstone ini oleh pasukan HRT Hispania Racing dan Sakon Yamamoto mengambil alih selaku pemandu ke-2 HRT dan difahamkan tindakan ini hanya untuk perlumbaan di Silverstone sahaja.

Berikut ialah catatan masa rasmi sesi latihan bebas 1 GP British


Sesi latihan bebas 2 akan berlangsung sejam setengah dari sekarang

PaddockBox