Red Bull Racing menunjukkan niat mereka untuk bangkit selepas perlumbaan yang agak sederhana di Hockenheim minggu lepas. Vettel dan Webber menguasai sesi latihan bebas 1 ini dengan kedudukan 1 dan 2. Sementara Kubica pula ke-3 terpantas untuk Renault. Jenson Button ke-4 terpantas manakala Hamilton mengalami sedikit masalah balance pada jentera MP4-25 dan sekadar mencatat masa ke-18 terpantas
Beberapa pasukan melakukan ujian terhadap pakej aerodinamik yang mereka bawa ke Budapest ini. Ferrari terus melakukan ujian intensif terhadap F-Duct mereka tetapi masih belum memutuskan sama ada akan menggunakan flexi-wing mereka untuk perlumbaan di Hungry ini., Force India pula melakukan ujian terhadap blown Diffuser yang di pasang pada jentera Luizi manakala Di Resta hanya menggunakan jentera asal tanpa konfigurasi Blown Diffuser. Pasukan William pula melakukan ujian sensor kelajuan angin pada jentera FW32 yang dipandu Hulkernberg.
Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 1
Hujan diramal turun dalam sesi latihan bebas 2
Alonso menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 di Budapest
Sesi latihan bebas 2 akan berlangsung sekitar pukul 8 malam waktu malaysia
UPDATE : Force India sekali lagi melakukan kesilapan tayar
Selepas diberi amaran keras ketika perlumbaan di Hockenheim minggu lepas ekoran dari kecelaruan tayar semasa pit stop; pasukan Force India kali ini didenda 5000 euros selepas sesi latihan bebas 1 GP Hungary; puncanya? sekali lagi mekanik Force India melakukan kesilapan berkaitan tayar.
Stewards perlumbaan mendapati Mekanik Force India telah menggunakan set tayar yang hanya dibenarkan digunakan selepas sesi latihan bebas 1 dan 2; kesilapan mekanik Force India ini telah melanggar peraturan dalam artikel 25.4 dimana mereka telah memasang set tayar untuk sesi latihan bebas 3 pada hari sabtu di jentera yang dipandu Paul Di Resta.
Article 25.4 states: "Each nominated driver will be allocated three sets of dry-weather tyres for use during P1 and P2, two of "prime" specification and one of "option" specification. These are the only dry-weather tyres which may be used during these sessions."
PaddockBox
1 comment:
beso kek alonso :D
p/s:
Tak mahu semua, jangan buang semua
Post a Comment