"You can smile now" begitulah kata-kata sinis Christian Horner melalui radio kepada Webber selepas Webber memenangi GP British manakala anak emas Helmut Marko sekadar di tempat ke-7 setelah jentera beliau berlaga sedikit dengan Hamilton pada permulaan perlumbaan dan sekaligus menjahanamkan tayar jentera RB6 Vettel. Pit stop awal menyebabkan Vettel terpaksa bertarung dari kedudukan 24 hingga dan Safety Car yang keluar akibat dari serpihan sayap belakang Pedro DeLa Rosa yang berterabur depan laluan lurus di hadapan pit lane sedikit sebanyak membantu Vettel dalam perlumbaan GP British ini dan di akhir perlumbaan tempat ke-7 adalah yang terbaik buat Vettel.
sedikit sentuhan dengan sayap depan MP4-25 Hamilton; menjahanamkan tayar belakang RB6 Vettel
Safety car keluar bagi membolehkan marshal mengalihkan serpihan sayap belakang C29 Pedro Dela Rosa
Safety car keluar bagi membolehkan marshal mengalihkan serpihan sayap belakang C29 Pedro Dela Rosa
Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 di hadapan penyokong sendiri dan Nico Rosberg walaupun jentera beliau kehilangan sekeping aerodinamik parts pada pertengahan perlumbaan, tidak menghalang beliau untuk menduduki podium tempat ke-3 di GP British. Jenson Button yang memulakan perlumbaan di petak ke-14 berjaya menamatkan perlumban di tempat ke-4. Barrichello di tempat ke-5 dan Kamui Kobayashi menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 di hadapan Vettel. Sutil, Schumacher dan Hulkenberg melengkapkan senarai top 10 pelumba yang berjaya meraih mata pada GP British ini.
Perebutan tempat ke-8 antara Sutil dan Schumacher; serpihan sayap depan jentera Mercedes melayang akibat dilanggar oleh jentera Force India
Malang buat Ferrari. Disebalik keyakinan mereka mampu memberikan cabaran di GP British tapi sebaliknya yang berlaku. Alonso dikenakan drive thru penalty akibat dari insiden memotong Kubica dengan cara yang tidak sah. Bagaimanapun 2 lap kemudian Kubica retired dari perlumbaan dan sekali lagi kem Ferrari merasakan mereka dianiaya dengan penalty drive thru terbabit. Alonso menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dan Massa di tempat ke-15.
Tindakan Alonso memintas Kubica dengan memotong chicane telah mengakibat pelumba Sepanyol itu dikenakan drive thru penalty
Keputusan rasmi GP British
Kedudukan pungutan mata kategori Pelumba
Kedudukan pungutan mata kategori pengeluar
Perlumbaan seterusnya di Germany dua minggu lagi pada 25 Julai. Pelumba McLaren masih mendominasi kedudukan pungutan mata kategori pelumba dan McLaren unggul dalam kategori pengeluar selepas GP British ini.
"Not bad for a number two driver!" begitulah apa yang Webber balas melalui radio kepada Christian Horner selepas ucapan sinis Horner "You can smile now!" Suasana semakin panas di kem Red Bull Racing dan ditambah dengan kata-kata Vettel selepas perlumbaan "Everyone has difference faces and I learn from that"
PaddockBox