Wednesday, July 28, 2010

GP Hungary : Preview



Selepas perlumbaan kontroversi di Hockenheim minggu lepas, kini pusingan ke-12 dalam kalender F1 bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Hungaroring yang terletak di Budapest Hungary. Kali pertama perlumbaan F1 di adakan di Budapest ialah pada 1986. Hungaroring di anggap sebagai litar yang sempit dan terdapat begitu banyak selekoh perlahan dan ianya juga merupakan antara litar yang dianggap sebagai amat sukar untuk memintas jentera lain tanpa melakukan kesilapan.

Disebalik segala kontroversi yang tercetus di Hockenheim, Felipe Massa hadir di Hungaroring dengan tenang dan bertekad mahu meneruskan rentak kemenangan Ferrari. Di litar ini juga setahun yang lepas ketika sesi kelayakan masa; Felipe Massa nyaris maut akibat dari hentakan spring yang melayang dari jentera GP Brawn yang dipandu Barrichello.

25th July 2009, Kemalangan yang menimpa Massa ini merupakan antara pencetus kepada keinginan Schumacher untuk kembali berlumba. Schumacher adalah pilihan pertama Ferrari ketika itu tetapi beliau gagal dalam ujian kecergasan yang dijalankan; puncanya,  terdapat kesan kecederaan yang belum pulih sepenuhnya akibat  dari kemalangan kecil yang beliau alami semasa menunggang motorsikal pada awal tahun 2009 berkenaan

Selepas Flexi-wing jentera F10 dan RB6 mendapat kelulusan FIA, McLaren dilaporkan akan meniru design sayap depan berkenaan dan akan diguna pakai pada jentera MP4-25 tidak berapa lama lagi  selepas para engineer McLaren menilai beberapa aspek flexi-wing yang masih lagi sukar untuk difahami cara ianya berfungsi.

At the minute we are working really hard to understand it, and if it is worth performance to us, to deliver that. - Paddy lowe [McLaren Engineering Director]

Hamilton dan Button menduduki tangga teratas pungutan mata kategori pelumba dan McLaren pula menguasai kedudukan kategori pengeluar. Bagaimanapun kedudukan itu mungkin akan dicabar oleh Red Bull Racing di Litar Hungaroring hujung minggu ini. Ferrari yang akan berhadapan dengan panel WMC pada september ini ekoran kontroversi di Hockenheim, tetap bertekad mahu meneruskan rentak kemenangan mereka di Hungry sebelum F1 berehat 3 minggu sepanjang August nanti.

We knew full before Hockenheim that our car was much more competitive and that was what made me so confident. Now we must continue in this direction, starting this coming weekend in Budapest - Fernando Alonso
Karun Chandhok sekali lagi akan diketepikan oleh HRT Hispania Racing untuk perlumbaan di Budapest. Yamamoto tetap diberi peluang untuk terus bergandingan bersama Bruno Senna di sebalik beberapa kesilapan yang dilakukan semasa perlumbaan di Hockenheim. Ini adalah peluang ke-3 berturut -turut yang diberi kepada Yamamoto. Pasukan HRT Hispania dipercayai sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan wang tajaan yang dibawa masuk oleh Yamamoto membolehkan pelumba Jepun itu terus memandu untuk HRT Hispania.

Bernie Ecclestone telah menyuarakan kebimbangan beliau bahawa satu atau dua pasukan tidak akan dapat menghabiskan musim 2010 ekoran dari masalah kewangan yang mereka hadapi disamping gagal memenuhi standard perlumbaan yang sepatutnya dalam F1.

I wouldn't want to lose them but in general this year has been a bit of a nuisance because it has cost money to keep these teams in. It has cost a lot of money to pay for them to compete. The bottom line is they haven't really and truly given us value for being there.- Bernie Ecclestone [F1 Supremo]

Derek Warwick pula telah dipilih sebagai penasihat panel Stewards perlumbaan untuk GP di Hungary. Warwick yang pernah berlumba dalam F1 sekitar 1981 hingga 1993 merupakan bekas pelumba Toleman, Brabham, Lotus, Arrows dan Renault.

PaddockBox

No comments: