Menurut laporan BBC Sport, Tony Fernandes dan Mike Gascoyne telah mengadakan satu perbincangan dengan Renault pada pagi Ahad sebelum perlumbaan di Silverstone bagi membincang kemungkinan Lotus Racing menggunakan enjin Renault bermula musim depan. Lotus pernah menggunakan enjin Renault pada 1983 hingga 1986 dan sepanjang tempoh itu mereka pernah memenangi 5 perlumbaan
We have a contract with Cosworth and we're discussing with them ways to work together in the future - Mike Gascoyne [Lotus Racing Technical Director]
Satu lagi perkembangan Lotus Racing yang dilaporkan oleh BBC Sport ialah Lotus Racing berkemungkinan akan menggunakan kembali nama Team Lotus setelah segala perbincangan mengenai dengan pemegang jenama Team Lotus selesai. Team Lotus dibubarkan pada 1994 akibat dari masalah kewangan dan pasukan Lotus Racing kini berminat untuk menghidupkan semula nama Team Lotus dan sekiranya semua selesai Pasukan Lotus Racing akan kembali menggunakan nama Team Lotus. Colin Chapman adalah individu yang menubuhkan Team Lotus.
Nigel Mansell's Lotus-Renault at the 1983 British Grand Prix
Topi Colin Chapman ini sentiasa berada dalam pit garaj Lotus Racing di setiap perlumbaan.
Lotus Racing di jangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersabit rundingan dengan Renault tidak lama lagi. Cosworth sebelum ini mengatakan bahawa Tony Fernandes sudah merancang untuk kekal bersama Cosworth untuk musim 2011
Motorhome baru pasukan Lotus Racing
Motorhome Lotus Racing sebelum di naik taraf
Photo Credit:
Artikel Rujukan :
PaddockBox