Saturday, July 10, 2010

GP British : Sesi Kelayakan masa


Red Bull Lock out sekali lagi di front grid! Vettel sekali lagi menduduki pole position kali ini di Silverstone dengan catatan masa 1 minit 30.841saat meninggalkan Webber di petak ke-2 dengan catatan 1 minit 30.858saat. Alonso membuktikan bahawa Ferrari masih boleh mencabar kedudukan Red Bull dengan melakukan catatan masa ke-3 terpantas 1 minit 39.997 saat. Nasib berbeza buat dua pelumba McLaren; Hamilton berjaya menduduki petak ke-4 tetapi Button terkeluar di Q2 dan akan memulakan perlumbaan di petak ke-14.  Mclaren telah membatalkan upgrade untuk MP4-25 pada malam semalam ekoran dari masalah yang di kesan semasa sesi latihan bebas 1 dan 2; dan keadaan ini menyukarkan mereka untuk mencabar Red Bull di Silverstone ini. Rubens Barrichello sekali lagi berjaya membuktikan kuasa enjin Cosworth apa beliau berjaya ke Q3 dan bakal memulakan perlumbaan di petak ke-8.

I personally think there is something wrong - the car was undriveable this afternoon as soon as I jumped in it - Jenson Button

Pedro De La Rosa buat pertama kalinya mengalahkan rakan sepasukan dalam sesi kelayakan masa apabila berjaya ke Q3 dan berjaya menduduki petak ke-9 dan berada di hadapan Schumacher yang bakal memulakan perlumbaan di petak ke-10 manakala rakan sepasukan De La Rosa, Kamui Kobayashi akan memulakan perlumbaan di petak ke-12.

Heiki Kovalainen cemerlang untuk pelumba yang berada dikalangan pasukan baru; beliau akan memulakan perlumbaan di petak ke-19 untuk Lotus Racing; manakala Jeimi Alguersuari merupakan pelumba dari kelompok pertengahan yang terkeluar di Q1.

Catatan masa rasmi sesi kelayakan masa

Kedudukan Grid untuk perlumbaan GP British esok

Alonso. Vettel & Webber

UPDATE:
Luizi yang memandu untuk Force India telah dikenakan penallti 5 petak grid akibat dari tidak mengendahkan bendera biru yang dikibarkan supaya memberi laluan kepada Hulkenberg ketika sesi kelayakan. Hulkenberg ketika itu berada dalam hot lap dan sedang melakukan catatan masa dan tindakan Luizi telah menyebabkan catatan masa Hulkenberg terjejas dan beliau akan memulakan perlumbaan di petak ke-12 manakala Luizi diturunkan 5 petak grid dan akan memulakan perlumbaan di petak ke-20 dibelakang pelumba Lotus Kovalainen dan pelumba Virgin Glock

 As I was going into the first corner on a quick lap in Q2, Liuzzi exited the pit lane under blue flags but didn't move out of my way. That ruined my lap from the outset as I couldn't get past him - Nico Hulkenberg [Williams F1]

PaddockBox