Sunday, July 4, 2010

Goodwood Festival Of Speed


Dari 2 hingga 4 Julai ini sedang berlangsung Goodwood Festival of Speed yang bertempat di Sussex Goodwood House. Sepanjang 3 hari Festival ini para peminat berpeluang untuk melihat jentera-jentera lumba dalam sukan permotoran dari Formula 1 hingga lah ke Rally dan juga motosikal. Selain berpeluang melihat kereta-kereta sport yang eksotik dan jentera-jentera lumba sukan permotoran,  pengunjung juga berpeluang mendekati personaliti-personaliti sukan permotoran dan para pelumba dari pelbagai era.

Tahun ini Formula 1 meraikan ulang tahun ke-60 kejuaraan F1 dan pengunjung berpeluang melihat jentera-jentera lumba F1 sepanjang 60 tahun lepas. 

Antara jentera yang yang terlibat dalam demo di Goodwood ialah :

Mercedes W196

Ferrari 158

Tyrrell-Cosworth P34

Lotus-Climax 33

Pada hari pertama Goodwood Festival of Speed, pengarah teknikal pasukan Red Bull Racing Adrian Newey telah menerima jentera RB5 2009 dari Christian Horner yang mewakili Red Bull dan Newey sendiri telah memandu RB5 pada hari pertama di Goodwood Festival of Speed

Adrian Newey bersama RB5

Rosberg, Button, Newey & Webber

Antara kereta eksotik yang menyertai Goodwood Festival Of Speed:

Ferrari 599 GTO

Bugatti Veyron

McLaren MP4-12C

Lain-lain gambar sekitar Goodwood Festival of Speed :

sudut pameran bahagian Cars, Stars and Guitar

Paddock yang menempatkan super car

Goodwood Festival of Speed dianjurkan setiap tahun pada musim panas sekitar bulan Julai.

Photo Credit:

PaddockBox