Friday, July 30, 2010

GP Hungary : Sesi Latihan Bebas 2


Red Bull vs. Ferrari. Itulah yang boleh diramalkan setakat ini berdasarkan sesi latihan bebas 2. Vettel sekali lagi menguasai sesi latihan bebas 2 dengan mencatatkan masa terpantas 1minit 20.087 saat. Alonso mengekori rapat dengan catatan masa ke-2 terpantas manakala Webber ke-3 terpantas. Massa yang sebelum ini tegas mengatakan beliau bukan pemandu no.2 dalam Ferrari sekadar ke-4 terpantas. Petrov, Hamilton, Kubica, Hulkenberg, Button dan Schumacher melengkapkan senarai top-10 pelumba terpantas pada sesi latihan bebas 2 ini.

Tiada insiden yang mampu menjejaskan kelancaran sesi latihan bebas 2. Malang buat pemandu Lotus Racing, Heiki Kovalainen apabila masalah Hydrolic telah menyebabkan beliau sekadar mampu melakukan 5 pusingan pada sesi latihan bebas 2.

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 2

Alonso ke-2 terpantas pada sesi FP2

Konsep Flexi-Wing sayap depan Red Bull kini menjadi ikutan para pesaing

Final Practice dan sesi kelayakan masa akan berlangsung esok (sabtu). Pastinya pertarungan Red Bull dan Ferrari kini menjadi perhatian tetapi McLaren yang setakat ini selepas sesi latihan bebas 2 kelihatan agak low-profile pastinya tidak akan membiarkan Red Bull dan Ferrari menguasai Hungaroring; Seperti kata bekas team principal McLaren yang mengatakan prestasi McLaren ketika sesi kalayakan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

The fact is we aren't the fastest car in qualifying, but our development of our racing cars is relentless, We never give up - Ron Dennis 

Selepas sesi latihan bebas 2 berakhir, Vettel mengakui prestasi Ferrari kini boleh menggugat Red Bull dan beliau merasakan saingan untuk sesi kelayakan masa esok untuk pole position ialah antara Red Bull, Ferrari dan McLaren

I think the Ferraris will be very close and I think in the long run if you look at the pace was very similar so again it looks tight, and McLaren are going at coming back for Saturday so you never know  - Sebastian Vettel
 
Kembali bersama. Button dan Jessica Michibata kini kembali bersama setelah membuat keputusan berpisah selepas GP China akibat dari masalah logistik.

 2010 merupakan ulangtahun ke-25 Litar Hungaroring [Photo Credit : VirginRacing Twitpic]

PaddockBox

8 comments:

watchalawatco said...

Hungry nak makan.. hehe.. bukan Hungary ka?

PaddockBox said...

muahaha... siak tol typo
jap aku repair

Hasrol Nizam said...

owh..dh makin sengit saingan F1 kali ni.. :D

Tak mahu semua, jangan buang semua

PaddockBox said...

kalau tak sengit di litar
pasti akan sengit dengan drama dikalangan pemandu.

walau apa pun saingan musim ni memang sengit

Unknown said...

GP Hungary slalu dominasi Mclaren...2009,2008,2007,2005....
2006 jer Button yg mnang..skang pn Button dlm Mclaren..rasenye ade chance la Mclaren mng..
jgn tgk sesi ltihn...dieorg sorok pace dieorg..qualify pn tak leh caye lg..race bru leh pecaye
mclaren blown diffusser dh lame siap..tp taknak tunjuk jer..GP hungary neh br nk tunjuk kot

PaddockBox said...

blown diffuser mclaren dah siap sejak silverstone; tapi dia orang decided untuk tidak guna masa silverstone disebabkan beberapa masalah yg timbul; dan di Hockenheim baru digunakan sepenuhnya blown diffuser tu.

yeap; catatan masa sesi latihan bukan ukuran yg sesuai untuk menilai kekuatan sesuatu pasukan sebab dalam 3 sesi latihan bebas, semua pasukan lebih fokus pada testing upgrade dan mencari setup yang sesuai.

Unknown said...

blown diffusser Mclaren dh disiap lama dah sejak GP spain lg..die dh uji dgn simulator oleh test driver mclaren Gary paffet..
tp sbb mclaren ade F-duct...mclaren masih kompetitif..utk menjadikan saingan menarik..jurng mata tak jauh sgt..
sbb tu mclaren biar mereka 'kelihatan' tak kompetitif..tp mclaren yg leading

PaddockBox said...

setakat 11 pusingan lepas race pace mclaren memang mantap berbanding red bull dan ferrari

red bull memang pantas tapi jentera mereka selalu aje ada masalah reliability dan race pace mereka tak konsisten macam mclaren

Ferrari pula pada awal musim memang nampak promising tapi lepas bahrain mereka semacam ada masalah somewhere. dan memasuki pertengahan musim baru nampak mereka meningkat semula.

cuma 3 pasukan ni aje yang aku lihat mampu bersaing untuk kejuaraan musim 2010.

Renault dan Mercedes aku lihat sebagai "pengacau" aje mungkin musim depan 2 pasukan ni akan lebih kompetatif