Wednesday, July 21, 2010

GP German : Preview


Pusingan ke-11 kalendar F1 2010 akan berlangsung di litar Hockenheim, German. Litar Hokenheim dibina pada 1930 oleh Mercedes Benz sebagai litar untuk mereka uji kereta keluaran mereka dan perlumbaan F1 hanya berlangsung di Hockenheim pada 1970.

Pada 2002, litar Hockenheim telah menjalani pengubahsuaian secara radikal bagi tujuan keselamatan dimana layout baru litar Hockenheim yang diubahsuai adalah bertujuan bagi mengurangan kelajuan dan juga bagi menambah jumlah tempat duduk penonton di litar.

Walaupun Red Bull Racing telah menyatakan mereka kini kembali tenang ekoran insiden dalaman di Silverstone; para pemerhati masih lagi tidak yakin dengan kenyataan dari Red Bull yang menyatakan tiada pilih kasih dalam pasukan. Webber dan Horner telah pun menyatakan rasa kesal atas tindakan mereka di Silverstone manakala Vettel pula telah melahirkan rasa kurang senang ekoran beberapa politik dalaman Red Bull yang menjejaskan usaha mereka untuk mencabar McLaren.

 Vettel dan Red Bull mengadakan demo di kampung halaman Vettel di Heppenheim; menjelang GP German ahad ini

Setelah memutuskan untuk tidak menggunakan Blown Diffuser di Silverstone akibat dari beberapa masalah yang timbul; McLaren kini yakin update terbaru mereka mampu berfungsi dengan baik di Hockenheim bagi mengekalkan kedudukan mereka selaku pendahulu pungutan mata kategori pengeluar dan pelumba. Hamilton mendahului kategori pelumba dengan 145 mata diikuti rakan sepasukan Button dengan 133 mata; Webber pula ditempat ke-3 dengan 128 mata dan diikuti rapat Vettel dengan 121 mata.

Button di demo Bavaria Moscow City Racing Track, Ahad lepas

Ferrari yang masih gagal menyerlah pada dua perlumbaan lepas kini masih mengharapkan litar Hockenheim mampu mengubah nasib mereka. Team principal, Stefano Domenicali telah menegaskan bahawa sesiapa dalam kem Ferrari yang mengatakan Ferrari kini tidak mungkin mampu untuk mencabar kejuaraan F1 2010; mereka boleh pergi keluar dari Ferrari dan cari kerja lain!

 No one here is giving up: there are still nine races to go and anything can happen. We will have to do our job perfectly, that is to say the Ferrari way and then the results will come. - Stefano Domenicali [Ferrari Team Principal]

Lotus Racing pula akan memberi peluang kepada Fairuz Fauzy untuk keluar melakukan catatan masa pada sesi latihan bebas 1 pada jumaat ini walaupun Litar Hockenheim tidak berada dalam perancangan Lotus Racing untuk Fairuz dan Fairuz diberi peluang di Hockenheim bagi membolehkan beliau menunjukkan pretasi sebenar beliau selepas sesi di Silverstone 2 minggu lepas tidak begitu memberangsang akibat dari masalah mekanikal pada jentera T127 yang dipandu Fairuz ketika itu.

Fairuz sekadar melakukan 11 pusingan ketika sesi latihan bebas 1 di Silverstone

HRT hispania Racing telah mengesahkan bahawa Yamamoto akan mengambil alih tempat Karun Chandhok di Hockenheim dan mereka kini melaporkan kemungkinan Chandhok akan kembali memandu untuk HRT Racing di penghujung musim ini. 2 minggu lepas di Silverstone, HRT Racing membuat keputusan mengejut saat akhir dengan meminggirkan Bruno Senna dan meletakkan Yamamoto selaku pemandu disamping Chandhok.

Karun Chandhok walaubagimanapun yakin bahawa beliau akan kembali memandu bersama Senna dan tindakan HRT Racing memberi peluang kepada Yamamoto dilihat sebagai bersifat sementara.

It's not defined for the rest of the season and I expect to be back in the car at some races. Probably not all of them, but I do expect to be back in the car and racing soon. - Karun Chandhok [HRT Hispania Racing] 

Sesi latihan bebas 1 dan 2 akan berlangsung pada hari Jumaat ini.

PaddockBox