Kebangkitan Ferrari di Hockenheim dengan kemenangan kontroversi pelumba Ferrari. Alonso menamatkan perlumbaan di tempat pertama diikuti rakan sepasukan Massa dan Vettel terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-3. Walaubagaimanapun kemenangan Alonso dilihat begitu kontroversi bilamana Massa memberi laluan untuk beliau memintas setelah menerima komunikasi radio dari race engineer beliau yang antara lain menyebut "Fernando is faster than you" pada lap ke-47 dan Rob Smedley juga bertanya sama ada Massa "faham" mesej terbabit; dan pada lap seterusnya Massa dilihat memberi laluan kepada Alonso untuk memintas beliau.
Massa bersedia memberi ruang kepada Alonso untuk memintas di Hairpin
selepas membenarkan Alonso memintas beliau di hairpin; Rob Smedley sekali lagi menyampaikan mesej melalui kepada Massa, antara lain beliau menyebut "OK mate, good lad. Stay with him now. Sorry"
Vettel yang memandu RB6 menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 setelah beliau dipintas diselekoh pertama oleh pasangan Ferrari di awal perlumbaan dan beliau gagal menandingi kehebatan F10 Ferrari di sepanjang perlumbaan. Lewis Hamilton dan Jenson Button pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dan ke-6. Webber pula sekadar menamatkan perlumban ditempat ke-7. Kubica, Rosberg, Schumacher dan Petrov melengkapkan 10 pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan pungutan mata.
Vettel menamatkan perlumbaan di tempat ke-3
5 pelumba gagal menamatkan perlumbaan GP German ini. Beumi terpaksa berhenti di awal perlumbaan akibat dari perlanggaran di hairpin yang menjahanamkan sayap belakang jentera beliau; beberapa lap selepas itu Truli dilihat memandu dengan perlahan.sebelum terkeluar dari perlumbaan. Sakon Yamamoto, Lucas Di Grasi dan Heiki Kovalainen adalah antara pelumba yang terpaksa berhenti awal. Heiki Kovalainen terkeluar akibat dari dilanggar oleh Pedro De La Rossa
Kedua-dua pelumba Toro Rosso berlanggar sesama sendiri di hairpin menyebabkan Beumi terkeluar di awal perlumbaan
Hamilton masih mendahului kedudukan pungutan mata kategori pelumba dengan 157 mata, diikuti rakan sepasukan Button dengan 143 mata. Webber dan Vettel ditempat ke-3 dan ke-4 dan masing-masing memungut 136 mata. Kemenangan kontroversi di Hockenheim ini meletakkan Alonso di tempat ke-5 dengan 13 mata. McLaren juga masih mendahului pungutan mata kategori pengeluar dengan 300 diikuti Red Bull Racing 272 mata dan Ferrari 208 mata
Pungutan mata kategori pemandu selepas GP German
Pungutan mata kategori pengeluar selepas GP German
Satu lagi kekecewaan pelumba Brazil di Ferrari akibat team order selepas Barrichello merasainya pada 2001 di litar A1 Ring
Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung minggu depan di litar Hungaroring, Hungry pada 30 Julai hingga 1 August.
PaddockBox
1 comment:
superb race by the ferrari's.....well fought race....just a bit shame on the team orders things...but indeed felipe was a bit slow but it was just not worth to risk another incident like the redbulls..
pilotHans latest entry - > http://www.yohanibrahim.com/blog/prancing-horse-dominates-german-gp
Post a Comment