Thursday, July 8, 2010

Perkembangan Semasa [9]

Kubica tiada masalah jika Raikkonen menyertai Renault

Kubica & Raikkonen

Kubica hari ini menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika Raikkonen berjaya di pujuk untuk menyertai Renault musim depan. Sebelum ini pemilik Renault, Gerard Lopez dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil Kimi Raikkonen menggantikan Petrov musim depan. Robert Kubica yang baru sahaja melanjutkan kontrak bersama Renault sehingga penghujung musim 2012 telah banyak membantu Renault dalam usaha pembangunan jentera dan juga keputusan semasa di litar berbanding Petrov yang dilihat masih gagal menunjukkan peningkatan prestasi walaupun selepas 9 perlumbaan setakat ini

If Kimi will join us it will be very good. I think he is a great and talented driver. It might be very, very good driver line-up with him - Robert Kubica [Renault]

Adam Parr kini pengerusi baru pasukan WilliamsF1


Adam Parr; pengerusi baru pasukan WilliamsF1

Pasukan Williams hari ini mengumumkan perlantikan Adam Parr selaku pengerusi pasukan menggantikan Sir Frank Williams. Walaubagaimanapun Sir Frank Williams masih mengekalkan jawatan team principal dan masih merupakan pemegang saham majoriti dan masih mempunyai kuasa dalam membuat sebarang keputusan yang membabitkan pasukan Williams. Adam Parr sebelum ini memegang jawatan CEO pasukan Williams dan mempunyai latar belakang yang kukuh dalam dalam bidang perbankan.

Sementara itu Cosworth telah mengesahkan bahawa pasukan Williams akan kekal menggunakan enjin Cosworth untuk jentera 2011 mereka dan semua pengumuman berkenaan dikeluarkan terus dari Silverstone.

Cosworth kekal bersama WilliamsF1

Tiada tempat buat FOTA dalam F1! - Bernie Ecclestone

When the teams discuss the rules, everyone tries to benefit. The teams wanted to divide F1, but now they understand that it is good to give importance to the money that they get from FOM. There is no space for FOTA! - Bernie Ecclestone [F1 Supremo]

F1 Supremo, Bernie Ecclestone menegaskan bahawa gabungan pasukan Formula 1 [FOTA] adalah satu gabungan yang pincang dan gabungan itu tiada tempat dalam F1. Beliau menegaskan FOTA merupakan gabungan pasukan yang bersaing di litar dan apabila sesuatu perbincangan mengenai pembaikan peraturan perlumbaan, setiap pasukan hanya mementingkan diri sendiri.

Kenyataan Bernie itu dibuat selepas semua pasukan menerima arahan memindah keluar semua trak yang ditaja dari paddock di Silverstone dan tindakan itu sekaligus membangkitkan perselisihan baru antara FOTA dan FOM [Formula One Management]

Ferrari memperkenalkan Logo Baru pasukan

Tiada lagi barcode Marlboro tetapi nama pasukan kekal sebagai Scuderia Ferrari Marlboro 

Ferrari telah memperkenalkan logo baru pasukan mereka. Antara pembaharuan yang dibuat ialah tiada lagi barcode kontroversi yang merujuk kepada syarikat tembakau Marlboro dan bahagian dimana huruf SF disebelah kanan juga dibuang. Disebalik pembaharuan dalam logo mereka, Team Principal Ferrari mengesahkan bahawa nama pasukan mereka masih lagi Scuderia Ferrari Marlboro

 Logo lama pasukan Ferrari
 
Lain - Lain gambar

Vettel bersama Helmet baru

Vettel meraikan hari lahir ke-23 di Silverstone

Hamilton juga diberikan helmet baru di Silverstone

PaddockBox