Tuesday, June 29, 2010

Renault akan cuba mendapatkan khidmat Kimi Raikkonen

Raikkonen masih berteka-teki mengenai kemungkinan kembali ke kancah F1

Pemilik pasukan Renault F1, Gerard Lopez, dikhabarkan akan cuba mendapatkan khidmat Kimi Raikkonen untuk musim 2011 bagi menggantikan Petrov yang setakat ini masih lagi tidak menunjukkan prestasi memberansangkan.

Gerard Lopez sedang berusaha mendapatkan Raikkonen untuk memandu bersama pasukan Renault

Sementara itu Team Principal Renault Eric Boullier pula berkata bahawa fokus beliau kini ialah untuk meyakinkan Kubica bahawa pasukan Renault kini mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memberikan cabaran kejuaraan F1 musim depan.

Kontrak Kubica bersama Renault akan tamat hujung musim ini dan memandangkan prestasi pemandu Poland itu yang kini berada pada tahap terbaik; beberapa pasukan telah berkira mahu mendapatkan khidmat Kubica; khabar angin kini bertiup kencang bahawa Ross Brawn diberitakan telah beberapa kali bertemu Kubica dan ramai di komuniti F1 meramalkan jika Kubica memilih untuk ke Mercedes musim depan maka khidmat Schumacher akan ditamatkan. Bagaimanapun Ross Brawn telah menafikan bahawa Mercedes berminat untuk mendapatkan khidmat Kubica dan menegaskan Mercedes mempunyai program 3 tahun bersama Schumacher

We definitely want him and we have spoken and it is up to us to show that we have the ambition and the means to be ambitious. If we do that, then I am sure he will stay. If he doesn't want to stay then he will leave, it is as simple as that - Eric Boullier [Team Principal Renault]

Robert Kubica sebelum ini disebut-sebut bakal berhijrah ke Ferrari. Kimi Raikkonen yang juga merupakan juara dunia 2007 telahpun menegaskan sebelum ini bahawa beliau tidak akan kembali ke F1 jika tidak diberikan jentera yang mampu mencabar kejuaraan dunia.

PaddockBox