Tuesday, June 1, 2010

Pertikaian Lotus Racing & Force India

Rekabentuk awal jentera T127 ini menjadi pertikaian Force India & Lotus Racing

Force India telah mengemukakan saman terhadap pasukan Lotus Racing dengan mendakwa pasukan dari Norfolk itu telah meniru design jentera 2009 Force India dengan bantuan Fondtech, Syarikat induk AeroLab yang menjalankan kerja-kerja wind tunnel testing. 

Sekitar November 2008 hingga September 2009, Aerolab terbabit  dengan kerjasama aspek teknikal bersama pasukan Force India; dan Force India mendakwa Lotus Racing telah menyalin design jentera Force India sebagai asas rekabentuk jentera T127 Lotus melalui maklumat teknikal yang dibocorkan oleh Aerolab. Mike Gascoyne pula pernah terbabit dengan Force India  pada 2008; bagaimanapun Setelah berlaku pembubaran dalam pengurusan pasukan Force India pada sekitar november 2008, Mike Gascoyne telah disingkirkan dan Lotus Racing pada oktober 2009 mengumumkan bahawa Mike Gascoyne telah dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan Lotus Racing.

Gascoyne (tengah) pernah terbabit seketika dengan Force India. James Key (kanan) kini merupakan pengarah teknikal pasukan BMW Sauber

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan; AeroLab dikhabarkan telah menyaman pasukan Force India atas dakwaan bahawa pasukan berpengkalan di Silverstone itu telah melanggar perjanjian kerjasama antara mereka. Managing Director Aerolab; Jean-Claude Migeot berkata bahawa tindakan menyaman Force India adalah kerana pasukan F1 terbabit gagal memenuhi perjanjian yang dimeterai dan perjanjian yang pada awalnya untuk tempoh 3 tahun berakhir sebelum waktunya

 Etihad Airways meninggalkan Force India untuk bersama Ferrari

Dalam satu lagi hal perundangan; Syarikat penerbangan Etihad Airway dan Aldar Properties telah diarahkan untuk membayar USD4.7 juta kepada pasukan Force India ekoran dari tindakan mereka menamatkan kontrak penajaan mereka bersama Force India sebelum tarikh tamat kontrak. Etihad Airways dan Aldar Properties bertindak demikian untuk menaja pasukan Ferrari bermula musim 2008.

PaddockBox

No comments: