McLaren 1-2 di Istanbul Park Turki dan Webber menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 selepas terbabit dalam pelanggaran dengan Vettel di selekoh 12. Webber mendahului semua pelumba bermula dari awal perlumbaan dan strategi pit stop Red Bull berjaya meletakkan Vettel di hadapan Hamilton selepas pit stop pertama dan pasanagn Red Bull Racing terbabit menguasai perlumbaan sehinggalah tindakan Vettel cuba memintas Webber di selekoh 12 menyebabkan kedua-dua pelumba berlaga sesama sendiri
Malang buat Vettel; cubaan memintas Webber menyebabkan Red Bull Racing terlepas podium 1-2
Nasib malang jugak buat pemandu Lotus Racing bila Trulli dan Kovalainen terpaksa berhenti dari berlumba akibat masalah hydraulics. Sauber berjaya mengutip mata pertama mereka menerusi Kobayashi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 manakala De La Rossa di tempat ke-11
Kedua-dua pemandu Lotus gagal menamatkan perlumbaan
Kobayashi(depan) berjaya mengutip mata pertama buat Sauber; Pedro De La Rossa(belakang) tempat ke-11
Kobayashi(depan) berjaya mengutip mata pertama buat Sauber; Pedro De La Rossa(belakang) tempat ke-11
Tiada apa yang mampu dibangga bagi perlumbaan ke-800 buat Ferrari bila pelumba mereka menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 dan ke-8. Alonso yang terdesak mahu memintas Petrov di penghujung perlumbaan telah menyebabkan kedua-dua pelumba berlaga; Petrov mengalami kerosakan pada jentera Renault hingga menyebabkan beliau terlepas untuk mengutip mata buat Renault tetapi rakan sepasukan, Kubica berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-6.
Petrov berjaya mengekang kemaraan Alonso sebelum berlaku perlanggaran
Selain McLaren, pasukan Mercedes jugak boleh dikatakan berjaya mengutip maksimum point bila Schumacher berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 dihadapan Rosberg yang menamatkan perlumbaan di tepat ke-5.
Lewis Hamilton Juara GP Turkish
Keputusan Rasmi perlumbaan GP Turkish di Litar Istanbul Park
Alonso merayu kemaafan dari Petrov akibat insiden antara mereka berdua
Alonso merayu kemaafan dari Petrov akibat insiden antara mereka berdua
Podium 1-2 buat McLaren di Litar Istanbul Park, Turki
Button, Hamilton & Webber
Use your Brain.. use your brain. - Vettel
Kedudukan pungutan mata kategori pemandu (klik untuk besar)
Kedudukan pungutan mata kategori pengeluar (klik untuk besar)
Sweet Victory buat McLaren di Istanbul Park
Sweet Victory buat McLaren di Istanbul Park
Perlumbaan seterusnya di litar Gilles Villeneuve, Canada pada 11 hingga 13 June.
PaddockBox
1 comment:
wah...menang jugak Hamilton...cayalah...hehe
Post a Comment